• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MyDigital-Blueprint Ekonomi Digital Malaysia Dilancar Jumaat Ini

oleh
16/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – ‘MyDigital-Blueprint Ekonomi Digital Malaysia’ akan dilancarkan pada Jumaat ini yang dirangka sebagai landasan bagi menjadikan negara sebagai nadi digital serantau menjelang 2030, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Ia dijadual dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mustapa berkata, untuk tujuan itu, kerajaan telah menubuhkan Majlis Ekonomi Digital bagi menetapkan dasar, pelaksanaan serta pemantauan strategi dan inisiatif ekonomi digital Malaysia.

Majlis yang dipengerusikan Perdana Menteri itu menjadi entiti tunggal dan mengambil alih semua jawatankuasa berkaitan digital dan teknologi sedia ada bagi memudahkan penyelarasan dan mengelakkan pertindihan tugas, katanya dalam taklimat bersama media di sini hari ini.

Beliau berkata, mesyuarat pertama majlis itu telah berlangsung pada November lepas dan akan bersidang semula pada Mac ini dan seterusnya setiap tiga bulan sekali.

Menurut Mustapa, majlis itu diterajui enam kluster iaitu Ekonomi, Masyarakat, Teknologi Baru Muncul, Bakat Digital, Infrastruktur Digital dan Data serta Kerajaan.

MyDigital adalah pendekatan baharu dan menyeluruh terhadap beberapa inisiatif teknologi maklumat dan digital sedia ada sebelum ini termasuk Koridor Raya Multimedia (MSC). – BERNAMA

Tags: Ekonomi DigitalMustapa MohamedMyDigital-Blueprint
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MCMC Terajui Pelaksanaan Ekonomi Digital RMK-12

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Pembentangan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) memperlihatkan penekanan terhadap pertumbuhan ekonomi digital serta usaha memperkukuh infrastruktur dan perkhidmatan...

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak Terbeban Harga Minyak Naik

05/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat susulan trend peningkatan semula harga minyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd