• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Diperlukan Jadi Sukarelawan Vaksin Covid-19

oleh
11/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru warga emas berusia 60 tahun ke atas tampil sebagai sukarelawan bagi Kajian Klinikal Fasa 3 Vaksin Covid-19.

KKM menerusi ciapan di Twitter rasmi berkata, kajian itu bagi menguji keberkesanan dan keselamatan vaksin khusus untuk warga emas. 

“Justeru, seramai 315 hingga 450 warga emas diperlukan untuk menyertai kajian ini sebagai sukarelawan.

“Kami mengalu-alukan sukarelawan warga emas yang berminat untuk menyumbang dalam pembangunan vaksin Covid-19,” katanya dalam ciapan itu hari ini.

Katanya, warga emas yang berminat boleh menghubungi sembilan hospital yang sudah ditetapkan KKM. 

“Hospital berkenaan adalah Hospital Ampang, Hospital Umum Sarawak, Hospital Pulau Pinang, Hospital Seberang Jaya, Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Taiping, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Sultan Abdul Halim. 

“Kajian ini kerjasama antara KKM dan Institut Perubatan Biologi, Akademi Sains Perubatan China (IMBCAMS),” katanya. 

Menerusi bebenang sama, KKM turut memaklumkan, seramai 8,162 individu berusia 18 tahun ke atas sudah menghubungi sembilan hospital untuk menjadi sukarelawan dalam percubaan klinikal itu setakat kelmarin. 

“Seramai 1,512 sukarelawan atau 50 peratus bersetuju menyertai kajian ini manakala 38 peratus sukarelawan sudah menerima dos pertama vaksin kajian atau plasebo,” katanya. – myMetro Online

Tags: KKMSukarelawanvaksin covid-19warga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd