• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejayaan Azizulhasni Ungguli Ranking Dunia Banggakan Negara

oleh
11/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang yang berjaya mengungguli ranking teratas dunia acara pecut individu, dua hari lepas.

Perdana Menteri berkata kejayaan Mohd Azizulhasni itu satu pencapaian yang cukup membanggakan negara.

“Dengan kejayaan terbaharu ini, Mohd Azizulhasni yang terkenal dengan julukan ‘The Pocket Rocketman’ selayaknya dipanggil Raja Pecut Dunia,” kata Muhyiddin menerusi catatan terbaharu di akaun Facebooknya hari ini.

Berdasarkan ranking terkini yang dikeluarkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) pada 9 Feb, ikon berbasikal trek negara itu mengumpul 1,600 mata untuk berada di tangga teratas dalam acara pecut individu.

Pelumba Jepun Tomohiro Fukaya berada di kedudukan kedua dengan 1,442.5 mata diikuti Sam Webster dari New Zealand mengumpul 1,390 mata di tempat ketiga.

Muhyiddin berkata pencapaian Mohd Azizulhasni itu melengkapkan diari gemilang arena sukan negara selepas kejayaan bekas ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia pada awal bulan ini.

“Saya dan seluruh peminat sukan tanah air mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Azizulhasni. Semoga kejayaan beliau ini akan menjadi inspirasi kepada atlet muda serta seluruh peminat sukan berbasikal dalam mengejar cita-cita mencapai kejayaan di peringkat tertinggi.

“Kepada Azizulhasni jadikanlah kejayaan ini sebagai pembakar semangat untuk beraksi lebih cemerlang dalam Sukan Olimpik Tokyo akan datang. Syabas Azizulhasni! Anda kebanggaan negara,” kata perdana menteri.

‘The Pocket Rocketman’ kini dalam persediaan memburu emas Olimpik sulung negara di Tokyo pada Julai depan, selepas mengakhiri musim 2020 penuh bergaya dengan meraih pingat emas acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia 2020 di Brisbane, Disember lepas. – BERNAMA

Tags: Azizulhasni Awangberbasikal trekranking dunia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

14/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaya kerana gagal...

Jenazah Bapa Mohd Azizulhasni Selamat Dikebumikan

31/01/2022
0

DUNGUN: Jenazah bapa kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd