• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waspada Sindiket Menyamar Pegawai LHDN

oleh
11/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta berwaspada dengan kegiatan sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi memperdaya mangsa.

LHDNM dalam satu kenyataan berkata, orang ramai perlu lebih peka dan sentiasa menasihatkan ahli keluarga serta masyarakat sekeliling berkenaan perkara ini supaya dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.

Menurutnya, mengikut maklumat yang dikumpulkan menerusi laporan di media massa, bagi tahun tempoh 1 Januari sehingga Selasa lalu, sebanyak 18 kes sindiket penyamaran sebagai pegawai LHDNM membabitkan kerugian RM636,311. 

“Taktik keji dengan menakutkan mangsa menyebabkan mereka panik dan akhirnya memaksa mengambil tindakan terburu-buru dengan menyerahkan butiran peribadi dan perbankan, malah ada yang secara sukarela membuat bayaran wang tunai kepada ahli sindiket.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan jangan mudah terpedaya serta lakukanlah pengesahan dengan LHDNM terlebih dahulu terhadap setiap panggilan, e-mel mahupun mahupun surat yang meragukan dengan menghubungi talian Hasil Care Line atau talian pegawai yang boleh disemak senarainya pada portal rasmi www.hasil.gov.my atau hadir ke cawangan LHDNM berhampiran. 

“Di samping itu, orang ramai juga boleh membuat semakan modus operandi sindiket penipuan ini di laman sesawang rasmi LHDNM,” katanya.

LHDNM sentiasa melakukan usaha yang perlu dalam memberikan kesedaran kepada orang ramai supaya sentiasa cakna atau ambil tahu isu berkaitan aktiviti scammer ini. – myMetro Online

Tags: pegawai LHDNsindiket menyamar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd