• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Mewah, Kelab Mewah

oleh
10/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Teka-teki mengenai masa depan pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh akhirnya terjawab apabila dia diumumkan secara rasmi sebagai pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) musim ini.

Menerusi video pengenalan Sumareh sebagai pemain baharu di laman Facebook Johor Southern Tigers (JST), pemain sayap yang lebih dikenali dengan Keli Boy itu kelihatan segak apabila menaiki kereta mewah ke Stadium Sultan Ibrahim.

Malah, dalam video itu juga, Sumerah meminta pemandu kereta itu untuk membawanya ke kelab terbaik di Malaysia.

“Tolong bawa saya ke kelab terbaik Malaysia,” kata pemain kelahiran Gambia itu.

Sebelum ini, perkhabaran perpindahan Sumareh ke JDT bertiup kencang terutama di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Untuk rekod, Sumareh sebelum ini beraksi di Liga Thailand bersama kelab Police Tero FC selama beberapa bulan selepas meninggalkan Pahang dengan mengaktifkan klausa 8.7 dalam kontraknya.

Dia kemudian mengesahkan kembali ke Malaysia sambil menyifatkan pengalaman bersama Police Tero di Liga Thailand memberi banyak faedah buat kariernya.

Lantas sejurus pulang ke tanah air, namanya terus dikaitkan dengan JDT.

Malah kenyataan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang bersedia meminta restu daripada Pahang untuk mengikat Sumareh nyata menguatkan lagi spekulasi itu.

Sementara itu, Tunku Ismail sedia menjadi ‘orang tengah’ pertelingkahan antara Sumareh dan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).

Menurut Tunku Ismail, keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) yang mengarahkan PBNP supaya membayar AS$1.2 juta (RM4.9 juta) kepada Sumareh sememangnya cukup tinggi dan beliau akan cuba memujuk tonggak naturalisasi negara itu.

Urusan memujuk Sumerah atau lebih dikenali dengan jolokan Keli Boy itu mungkin mudah terutama selepas pemain sayap itu diumumkan sebagai pemain terbaru JDT musim ini, sekali gus menjadikan Tunku Ismail ‘bos’ barunya.

“Terima kasih Pahang. Saya akan berunding dengan dia (Sumareh) untuk selesaikan dengan Pahang cara baik dan kurangkan harga settlement Pahang hutang dia,” tulis Tunku Ismail di ruangan balas Instagram. – myMetro Online

Tags: JDTJohor Southern Tigerskereta mewahMohamadou Sumareh
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Exco Johor Nafi Dakwaan SSI Bukan Milik JDT

JDT Cipta Sejarah Dunia, Pecah Rekod 32 Tahun ASEC Mimosas

22/08/2026
0

Oleh Mynewshub ISKANDAR PUTERI – Malam 21 Ogos 2026 akan tercatat sebagai salah satu malam paling bersejarah bukan sahaja buat...

JDT Cipta Rekod Dunia 109 Perlawanan Liga Tanpa Kalah, Julang Piala Sumbangsih Kali Ke-11

JDT Cipta Rekod Dunia 109 Perlawanan Liga Tanpa Kalah, Julang Piala Sumbangsih Kali Ke-11

21/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta sejarah apabila merekodkan 109 perlawanan liga tanpa kalah, sekali gus memecahkan rekod...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd