• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Barang Rosak, Hilang Boleh Tuntut Ke Tribunal Pengguna

oleh
08/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA BERANG – Pelanggan yang berdepan masalah kerosakan barang kiriman boleh memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) jika aduan dan tuntutan kepada peniaga serta syarikat penghantaran barang gagal menemui penyelesaian.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid, berkata tuntutan ke TTPM adalah langkah terakhir sekiranya gagal mendapat penyelesaian antara pengguna dan pihak berkaitan.

Pengguna juga, katanya, perlu melaporkan kerosakan itu kepada penjual dan syarikat penghantaran barang terlebih dulu jika barangan yang diterima atau dihantar rosak.

“Mereka (pengguna) perlu membuat laporan kepada syarikat penghantaran barang terlebih dulu atau merujuk kepada peniaga yang kemudiannya akan memeriksa dengan syarikat penghantaran barang.

“Namun, jika ia tidak dapat diselesaikan pengguna yang teraniaya boleh memfailkan tuntutan ke TTPM bersama bukti dan dokumen lengkap.

“TTPM akan meneliti tuntutan dibuat sebelum mengarahkan pihak berkaitan sama ada penjual atau syarikat penghantaran barang untuk ganti rugi jika terbukti kesilapan dan kelalaian berpunca daripada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas rakaman video yang tular di media sosial membabitkan pekerja syarikat kurier membaling bungkusan pelanggan selepas dipercayai mogok susulan majikan mengurangkan komisen kerja.

Terdahulu, Rosol melawat jualan Kedai Runcit Bergerak Prihatin Mart di Dataran Kampung Pela, Ajil, di sini, hari ini.

Rosol berkata, tidak semua barang dapat dituntut daripada syarikat penghantar barang dan TTPM seperti barangan kemas dan cecair berbahaya.

“Jika barang yang dipos itu tersenarai antara barangan terlarang, pengguna perlu menanggung risiko sendiri jika berlaku kerosakan.

“Sekiranya berlaku kehilangan seperti barangan kemas, mereka boleh merujuk kes kepada pihak polis,” katanya.

BH semalam melaporkan, syarikat kurier, J&T Express (J&T) memohon maaf kepada pelanggannya di seluruh negara berhubung kejadian pekerja mogok dan membaling barang yang tular di media sosial.

J&T dalam satu kenyataan menjelaskan, insiden berlaku disebabkan kakitangan kurang jelas mengenai sistem pengagihan bonus sehingga menjadi punca kejadian mogok serta tindakan membaling barangan milik pelanggan oleh kakitangan syarikat itu.

Tujuh pekerja syarikat berkenaan di Perak turut membuat permohonan maaf berhubung insiden terbabit. – BH Online

Tags: penggunapenghantaran barangpeniagaTTPM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

03/02/2025
0

GEORGETOWN: Dua lelaki direman tujuh hari hari ini bagi membantu siasatan kes peniaga parah akibat dikelar dengan pisau di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd