• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vaksin COVID-19: Tempoh Setahun Capai Imuniti Kelompok

oleh
08/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Negara dijangka memerlukan tempoh setahun untuk mencapai imuniti kelompok bagi vaksinasi penyakit bawaan virus COVID-19 melalui Pelan Imunisasi Kebangsaan COVID-19 yang menjadi program vaksinasi terbesar di Malaysia.

Saintis Ts. Dr Ummirul Mukmimin Kahar daripada Institut Genom Malaysia, Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM) berkata untuk mencapai imuniti kelompok, 80 peratus rakyat perlu disuntik dengan vaksin COVID-19.

Malaysia dijangka menerima vaksin COVID-19 daripada Pfizer-BioNTech pada penghujung Februari dengan petugas barisan hadapan menjadi penerima awal vaksin itu.

“Selepas itu, Pelan Imunisasi Kebangsaan COVID-19 akan bermula menjadikan ia satu program vaksinasi terbesar di Malaysia. Pemberian vaksin akan dilaksanakan menerusi tiga fasa dan akan berjalan hingga Februari 2022,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual khas melalui aplikasi Zoom di sini hari ini.

Ts. Dr Ummirul Mukminin berkata suntikan vaksin boleh diambil di 600 pusat pemberian vaksin yang akan dibuka di seluruh negara di bawah seliaan pihak Kementerian Kesihatan (KKM), hospital, dan universiti.

Selain Pfizer-BioNTECH, setakat ini terdapat beberapa jenis vaksin COVID-19 yang telah dikenal pasti oleh KKM menerusi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) iaitu vaksin keluaran Astra Zeneca-Oxford, Sinovac Biotech, dan Gamaleya Research Institute.

Dalam pada itu beliau berkata adalah amat penting untuk negara mencapai imuniti kelompok kerana ia bukan hanya melindungi diri mereka yang divaksin, tetapi juga orang di sekitar mereka.

“Imuniti kelompok bermaksud jangkitan bawaan virus sebenar tidak akan dapat menjangkiti suatu kelompok masyarakat memandangkan sebahagian besar anggota masyarakat itu mempunyai kekuatan (memori pertahanan) untuk melawan virus sebenar.

“Hal ini adalah penting bagi melindungi golongan yang berisiko (golongan yang mudah dijangkiti penyakit) seperti kanak-kanak, orang tua, dan penghidap penyakit kronik (barah atau HIV),” katanya.

Ia juga bertepatan dengan aspirasi Pelan Imunisasi Kebangsaan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) iaitu Lindung Diri, Lindung Semua yang mana proses vaksinasi di Malaysia bermatlamat  memberi manfaat kepada semua rakyat. – BERNAMA

Tags: Imunisasiimuniti kelompokvaksin covid-19vaksinasi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

Kertas Putih Vaksin COVID-19 Dibentang Ke Dewan Rakyat Secepat Mungkin

19/02/2023
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 akan dibentangkan ke Dewan Rakyat secepat mungkin selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd