• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

J&T Express Mohon Maaf Kejadian Agihan Barang Secara Ganas

oleh
08/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Syarikat perkhidmatan penghantaran barangan J&T Express, membuat permohonan maaf atas kejadian pengagihan bungkusan secara ganas, seperti dalam satu rakaman video yang tular baru-baru ini.

Pengurusan J&T Express Perak dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook J&T Express Malaysia-Perak berkata, pihaknya akan menyediakan lebih banyak latihan kepada para pekerjanya bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada orang ramai.

“Di samping itu, pihak J&T Express ingin menjelaskan perkara tentang pekerja J&T mogok dan tentang komisen adalah tidak benar. Segala perkara yang berlaku adalah satu salah faham semata-mata.

“Sekali lagi, J&T Express ingin meminta maaf atas kejadian yang tidak diingini,” menurut kenyataan dan video yang disiarkan di laman sosial facebooknya malam ini.

Kenyataan itu turut menyebut, pihak J&T Express akan sedaya upaya meningkatkan mutu perkhidmatan dan segera menghantar barangan pelanggan dengan cepat, dan tidak akan memotong gaji para pekerjanya.

Sejak semalam, tular video berdurasi 15 saat yang menunjukkan beberapa pekerja syarikat berkenaan membaling barangan pelanggan, dengan ada yang berteriak dipercayai tidak berpuas hati dengan pengurusan syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan masalah pembayaran gaji. – BERNAMA

Tags: J&T Expresspenghantaran barangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd