• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahun Baharu Cina Tanpa Tarian Singa Dan Naga

oleh
05/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada lagi bunyi paluan gong, simbal dan gendang yang mengiringi tarian singa dan naga, bagi sambutan Tahun Baharu Cina tahun ini.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, pandemik COVID-19 yang ‘menyerang’ negara, turut menghentikan aktiviti kebudayaan itu yang sering disaksikan di majlis keramaian, hotel, pusat membeli-belah mahupun di sesetengah pejabat dan juga perumahan.

Setiausaha Agung Persekutuan Tarian Naga dan Singa Malaysia, Yong Kheng Chien ketika menyuarakan kebimbangan dan permasalahan dihadapi oleh pemain sektor itu berkata, biarpun perniagaan mereka terjejas hampir 100 peratus, namun mereka akur dengan keputusan kerajaan itu.

“…. memang kita takut akan ada banyak persatuan terpaksa gulung tikar kerana tidak boleh menampung kos persatuan, namun apa yang lebih membimbangkan ialah minat dan daya tarikan penari mungkin terjejas, kerana tiada latihan atau permintaan persembahan ketika ini.

“Kalau ada pun terpaksa ditolak kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan persembahan dan kebudayaan yang lazim bagi perayaan Tahun Baharu Cina seperti tarian singa, tarian naga, perarakan tanglung, persembahan opera Cina dan pertunjukan pentas, tidak dibenarkan.

Yong yang juga pengasas Persatuan Tarian Singa dan Naga Gao Feng Malaysia berpusat di Melaka dan Johor berkata, tarian tersebut merupakan akvititi kerjasama antara penari, sekali gus perlu mengekalkan standard tarian kerana banyak persatuan pernah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Beliau yang mempunyai 40 anak buah turut berharap, kerajaan boleh memberi dana atau insentif bagi membantu lebih 1,000 pasukan tarian singa dan naga, di seluruh negara.

“Hampir setahun tiada pendapatan iaitu sejak PKP Mac tahun lepas, memang agak sukar untuk melalui situasi ini dan COVID-19 merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan. Kami akur dengan saranan Kementerian Kesihatan (KKM) demi kesihatan rakyat, namun diharap kerajaan juga akan mendengar suara kami dan memberi insentif sepatutnya,” kata Yong.

Senada dengan Yong, pengasas dan ketua jurulatih Persatuan Kwong Ngai Lion Dance Clement Tan Kee Boon berkata, beliau juga terpaksa menolak dan menangguhkan beberapa tempahan persembahan yang diterima.

“Awal tahun ini memang ada terima tempahan, setelah PKP dilaksana 22 Januari hingga 4 Februari, saya terpaksa tangguh sekejap semua tempahan dan kemudian disambung hingga 18 Februari.  Nampak gayanya perlu tunggu keputusan muktamad kerajaan, mengenai tarian singa selepas ini.

“Ini kerana tarian singa biasanya terkenal bagi tempoh sebulan sebelum dan selepas Tahun Baharu Cina. Jarang kita dengar persembahan diadakan selepas itu, kecuali latihan atau pertandingan. Ada juga pihak hotel minta sebut harga bagi persembahan, tapi semuanya terpaksa tangguhkan,” katanya yang berpangkalan di Kepong.

“Kami juga berharap kerajaan melihat perkara ini secara serius, biarpun tidak dapat membuat persembahan, mungkin boleh dipertimbangkan diadakan latihan dan sebagainya sekiranya diizinkan supaya pelajar kami tidak jauh ketinggalan dari konteks tarian,” kata Tan yang aktif dalam bidang ini lebih 20 tahun.

Di KOTA BHARU, sebanyak 10 ‘singa’ milik Pertubuhan Seni dan Budaya Xian Long (Xian Long), dekat sini, terpaksa disimpan rapi meskipun mendapat jemputan daripada pelbagai pihak untuk membuat persembahan.

Peneraju utama pertubuhan itu Lee Rong Jiang berkata, seramai 60 ahli persatuan yang ditubuhkan sejak 2011 itu turut direhatkan, dan jemputan terpaksa ditolak selain mereka mengisi masa terluang dengan senaman pergerakan bersendirian dalam kumpulan kecil, supaya tidak hilang rentak dan skil persembahan.

“Kesemua peralatan persembahan bernilai antara RM1,600 hingga RM2,400, sudah lama tidak digunakan dan perlu disimpan di dalam bekas kaca, bagi mengelak bulu di kepala patung singa menjadi kotor,” katanya.

Masyarakat Tiong Hua akan menyambut Tahun Baharu Cina pada 12 dan 13 Februari ini, dengan prosedur operasi standard (SOP) sama seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Deepavali, seperti larangan rentas daerah dan negeri dan aktiviti keagamaan yang terhad. – BERNAMA

Tags: Tahun baharu Cinatarian nagaTarian Singa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

PLUS Aktifkan Smart Lane Di 25 Lokasi Kritikal Sepanjang Tahun Baharu Cina

PLUS Aktifkan Smart Lane Di 25 Lokasi Kritikal Sepanjang Tahun Baharu Cina

22/01/2025
0

KUALA LUMPUR : PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengaktifkan Smart Lane di 25 lokasi tumpuan trafik di lebuh raya bagi melancarkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd