• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Bersatu Peringati Mangsa MH370

oleh Ahmad Albab
09/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bersempena ulang tahun pertama kehilangan pesawat Malaysia Airline MH370 hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata seluruh rakyat Malaysia bersatu hati dalam mengenang dan memberi penghormatan kepada mereka yang menjadi mangsa dalam tragedi itu.

Najib menegaskan sekali lagi bahawa Malaysia sentiasa komited terhadap usaha berterusan untuk mencari pesawat itu “dan berharap MH370 akan dijumpai.”

Sambil menjelaskan bahawa kejadian yang menimpa Penerbangan MH370 adalah sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini, Najib berkata operasi mencarinya juga merupakan usaha paling rumit dan amat mencabar dari segi teknikal dalam sejarah penerbangan.

“Hari ini, kita semua bersatu hati dalam mengenang dan memberi penghormatan kepada 239 orang, termasuk 50 rakyat Malaysia, yang menaiki MH370. Kita utuskan doa untuk mereka serta orang tersayang yang mereka tinggalkan – serta berkongsi kesedihan yang mereka alami,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Tambah Perdana Menteri: “Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan keperitan yang dilalui keluarga mereka yang menaiki pesawat itu. Ketiadaan jawapan dan bukti kukuh – seperti bangkai pesawat – menjadikannya lebih sukar untuk ditanggung.

“Bersama rakan-rakan kita dari pelbagai negara, kita meneliti sedikit sebanyak bukti yang ada,” katanya.

Pada 8 Mac tahun lepas, Penerbangan MH370 bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan tidak sampai setengah jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 pagi.

Pesawat Boeing 777-200ER itu dijadualkan mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Setakat ini, operasi mencari pesawat itu di Lautan Hindi – tempat ia dipercayai hilang – telah meliputi kira-kira 40 peratus daripada kawasan pencarian seluas 60,000 km persegi, manakala kira-kira 208,000 km persegi lautan itu telah dibuat pemetaan.

Najib berkata Malaysia menggunakan khidmat satu pasukan besar antarabangsa untuk mencari pesawat itu dan “kami tidak akan sekali-kali melupakan dedikasi mereka yang menghulurkan bantuan.”

Perdana Menteri juga menyampaikan ucapan terima kasih beliau kepada setiap petugas yang terlibat dalam misi mencari Penerbangan MH370.

“Kepada mereka yang terus bertugas tanpa mengenal penat dan jemu untuk mencari tempat MH370 bersemadi: terima kasih,” kata beliau.

– BERNAMA

Tags: MH370Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd