• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sambut Tahun Baru Cina Hanya Bersama Keluarga Serumah

oleh
04/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sambutan Tahun Baru Cina hanya dibenarkan di rumah dalam kalangan ahli keluarga sahaja.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, prosedur operasi standard (SOP) bagi perayaan itu adalah sama seperti yang dilaksanakan ketika Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali tahun lalu iaitu hanya diadakan bersama ahli keluarga di kediaman yang sama.

Katanya, SOP berkenaan dipersetujui selepas mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) meneliti semua aspek berkaitan.

“Acara sembahyang hanya dibenarkan membabitkan ahli keluarga yang tinggal di rumah sama. SOP ini pernah kita lakukan ketika Aidilfitri dan Deepavali.

“Majlis makan besar juga hanya dibenarkan dalam kalangan ahli keluarga yang tinggal serumah. Makan besar tak boleh macam dulu datang beramai-ramai.

“Sembahyang di tokong tidak dibenarkan, hanya lima orang ahli jawatankuasa saja dibenarkan,” katanya dalam sidang media harian hari ini.

Beliau berkata, manakala persembahan tarian singa, naga, perarakan tanglung, Chingay dan opera Cina serta pertunjukan pentas tidak dibenarkan sama sekali.

Selain itu ziarah rumah ke rumah serta rentas negeri juga tidak dibenarkan.

“Bagaimanapun untuk negeri Sarawak, kita serahkan kepada kerajaan negeri untuk umumkan kerana di sana ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) di Blok Tahanan dan Kuarters Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas Pontian Johor juga ditamatkan hari ini.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selesai melakukan 408 ujian saringan dan 125 kes positif direkodkan. 

“Semua kes positif yang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) akan dibenarkan pulang hari ini dan tiada lagi sampel saringan menunggu keputusan,” katanya. – myMetro Online

Tags: perintah kawalan pergerakanTahun baru Cina
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

PM Ucap Selamat Tahun Baharu Cina

PM Ucap Selamat Tahun Baharu Cina

21/01/2023
0

PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Cina di negara ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd