• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4,284 Kes Baharu Covid-19, 18 Kematian Hari Ini

oleh
03/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes baharu Covid-19 merekodkan 4,284 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan penularan wabak itu kepada 226,912 kes dengan 18 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, enam kes import dilaporkan manakala 4,278 kes lagi membabitkan penularan tempatan. 

“Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,572 kes diikuti Johor (964 kes) dan Kuala Lumpur (651 kes). 

“Sebanyak 122 kes dilaporkan adalah berkaitan kluster di penjara dan depot tahanan imigresen membabitkan Kluster Tembok Menpaga (54 kes), Kluster Pengkalan Chepa (41 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (14 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (lima kes), Kluster Penjara Seberang Perai (empat kes), Kluster Penjara Seberang Perai (empat kes), Kluster Tembok Taiping (dua kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (satu kes) dan Kluster DTI Sepang 2 (satu kes),” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Dr Noor Hisham berkata, terdapat 307 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 141 kes memerlukan bantuan pernafasan. 

“Sebanyak 3,804 kes dilaporkan pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 177,794 kes atau 78.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. 

“Terdapat 18 kes kematian dilaporkan hari ini membabitkan lima kes di Selangor, masing-masing tiga kes di Sarawak dan Negeri Sembilan, dua kes di Perak serta masing-masing satu kes di Melaka, Kelantan, Kuala Lumpur, Johor serta Sabah. 

“Kes itu menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 809 kes atau 0.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di Klinik Kesihatan Setapak merupakan inisiatif sokongan komunikasi kepada...

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyemak dakwaan kad laporan kesihatan oleh sebuah klinik kesihatan kerajaan menggunakan bahasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd