• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

EU, Belgium Beri Jaminan Perjanjian Pembekalan Vaksin Ditunaikan

oleh
03/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesatuan Eropah (EU) dan Belgium hari ini memberi jaminan perjanjian pembekalan vaksin Pfizer kepada Malaysia akan dapat ditunaikan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Khairy dalam satu kenyataan semalam berkata dengan jaminan daripada Duta EU dan Belgium, pelan imunisasi COVID-19 dijangka diteruskan seperti yang dirancangkan.

Beliau berkata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) maklum mengenai pengumuman terbaharu kawalan eksport oleh EU ke atas vaksin COVID-19 yang dikeluarkan di dalam negara kesatuan itu.

“Semalam saya mengadakan perbincangan dengan Duta EU ke Malaysia, Michalis Rokas dan Duta Belgium ke Malaysia, Pascal H Gregoire untuk penjelasan lanjut mengenai status penghantaran vaksin ini ke Malaysia.

“Berkenaan vaksin Pfizer yang dikeluarkan di Puurs, Belgium, Duta Belgium itu telah memberi jaminan bahawa perjanjian pembelian dengan Pfizer akan dapat ditunaikan selepas Pfizer memohon untuk kelulusan mengeksport dan vaksin itu akan dihantar mengikut jadual mulai bulan ini.   

“Justeru, Kerajaan Malaysia telah meminta Pfizer untuk memohon kelulusan mengeksport  daripada Kerajaan Belgium dengan segera,” kata beliau sambil menambah Kedutaan EU dan Belgium di Malaysia akan mengeluarkan kenyataan mengenai jaminan bekalan ini.

Khairy berkata untuk rekod, penghantaran pertama satu juta dos (untuk 500,000 penerima) vaksin Pfizer akan digunakan dalam Fasa Satu inokulasi barisan hadapan dan akan dihantar secara berperingkat dalam suku pertama tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan semalam berkata Malaysia dijangka menerima kumpulan pertama vaksin koronavirus Pfizer-BioNTech pada 26 Februari ini. – BERNAMA

Tags: BelgiumKesatuan EropahPfizervaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Lori Miliki 16 Rekod Jenayah Ditahan Curi Kabel TM

Belgium Ikrar Sokong Kes Genosid Difailkan Terhadap Israel

21/01/2024
0

BRUSSELS - Belgium berikrar menyokong sepenuhnya kes yang difailkan oleh Afrika Selatan yang menuduh Israel melakukan genosid terhadap rakyat Palestin...

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd