• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

21 Kematian, 3,661 Pulih, 3,455 Kes Baharu Covid-19

oleh
02/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Negara mencatatkan kes kematian tertinggi Covid-19 selepas merekodkan 21 kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kematian bertambah kepada 791 kes, 0.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian hari ini membabitkan 12 kes di Selangor, empat kes di Sabah, masing-masing dua kes di Johor dan Kuala Lumpur, serta satu kes di Kedah. 

“Sebanyak 20 kes kematian pada hari ini membabitkan warganegara dan satu kes bukan warganegara. 

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,” dalam kenyataan, hari ini. 

Mengenai penularan Covid-19 dalam negara, beliau berkata, ia mencatatkan penurunan dengan 3,455 kes direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan penularan wabak itu kepada 222,628 kes dengan kebolehjangkitan 47,847 kes.

Katanya, daripada jumlah itu, lima kes import dilaporkan, manakala 3,450 kes lagi membabitkan penularan tempatan. 

“Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,145 kes diikuti Johor (708 kes) dan Kuala Lumpur (619 kes). 

“Sebanyak 77 kes dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen membabitkan Kluster Tembok Taiping (21 kes), Kluster Tembok Renggam (17 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (15 kes),Kluster Tembok Bukit Besi (10 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (9 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes) dan Kluster Tembok Mempaga (2 kes),” katanya. 

Katanya, ada 327 kes positif Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 145 kes memerlukan bantuan pernafasan. 

“Sebanyak 3,661 kes dilaporkan pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 173,990 kes atau 78.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di Klinik Kesihatan Setapak merupakan inisiatif sokongan komunikasi kepada...

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyemak dakwaan kad laporan kesihatan oleh sebuah klinik kesihatan kerajaan menggunakan bahasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd