• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Ucap Tahniah Nicol Atlet Terunggul Sepanjang Zaman

oleh
02/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David yang dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia, semalam.

Berkongsi rasa bangga bersama seluruh rakyat Malaysia atas kejayaan juara dunia sebanyak lapan kali berkenaan, perdana menteri berkata ia membuktikan sumbangan, keringat dan aksinya selama ini terus diperhatikan dunia walaupun beliau telah menggantung raket. 

Beliau berharap kejayaan atlet kelahiran Pulau Pinang berusia 37 tahun itu dapat menyuntik motivasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk berjuang mengharumkan nama negara dalam apa jua bidang diceburi. 

“Kepada generasi muda yang baru berjinak-jinak dengan sukan ini dan pemain pelapis yang sedang mengembangkan prestasi, jadikan kejayaan Nicol sebagai pembakar semangat untuk melangkah lebih jauh.

“Dengan iltizam yang betul dan usaha yang bersungguh-sungguh, tidak mustahil anda semua mampu menjadi seperti Datuk Nicol Ann David,” katanya dalam catatan terbaharu di akaun Facebooknya.

Bekas pemain nombor satu dunia selama 109 bulan berturut-turut itu meraih undi majoriti dalam undian yang diadakan secara dalam talian menerusi laman sesawang rasmi Sukan Dunia https://www.theworldgames.org, sekali gus  mengatasi 23 atlet lain untuk meraih gelaran berkenaan.

Sebagai calon tunggal Asia, Nicol ternyata unggul sebagai pendahulu sejak hari pertama undian dibuka pada 8 Jan lepas apabila menerima 318, 943 undi, kelebihan 200,000 undi daripada pencabar terdekat.

Pencabar terdekat Nicol adalah legenda tarik tali Ireland, James Kehoe yang memperoleh 113,120 undi diikuti atlet powerlifiting wanita dari Ukraine, Larysa Soloviova yang berada di tempat ketiga dengan 80,790 undi. – BERNAMA

Tags: atletMuhyiddin YassinNicol DavidSkuasy
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

PN Diminta Sahkan Peletakan Jawatan Muhyiddin

11/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Hadi Awang menggesa Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT), selaras Fasal 8.3(l)(b)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd