• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4,214 Kes Baharu Covid-19, 10 Kematian Hari Ini

oleh
01/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan lebih 1,000 kes berbanding semalam apabila 4,214 kes direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan penularan wabak itu kepada 219,173 kes dengan kebolehjangkitan 48,074 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sembilan kes import dilaporkan, manakala 4,205 kes lagi membabitkan penularan tempatan. 

“Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,362 kes diikuti Johor (1,068 kes) dan Kuala Lumpur (702 kes). 

“Sebanyak 115 kes dilaporkan adalah berkaitan kluster di penjara dan depot tahanan imigresen membabitkan Kluster Tembok Taiping (81 kes), Kluster Tembok Renggam (25 kes), Kluster Tembok Mempaga (7 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (1 kes) dan Kluster Tembok Kemus (1 kes),” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Dr Noor Hisham berkata, terdapat 316 kes positif Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 137 kes memerlukan bantuan pernafasan. 

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 4,280 kes dilaporkan pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 170,329 kes atau 77.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. 

“Terdapat 10 kes kematian dilaporkan hari ini membabitkan tiga kes di Negeri Sembilan dan masing-masing satu di Johor, Labuan, Sarawak, Selangor, Perak, Melaka dan Terengganu. 

“Kes-kes itu menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 770 kes atau 0.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd