• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Peruntuk RM20.7 Bilion Bagi Program Subsidi Upah

oleh
27/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Program Subsidi Upah (PSU) yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi tahun 2020 dan 2021 secara keseluruhannya bernilai RM20.7 bilion.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan bagi tahun 2021, peruntukan terkini PSU ialah RM3 bilion.

“Dengan perluasan skop untuk semua syarikat terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PSU 3.0 akan menerima penambahan peruntukan RM500 juta lagi, menjadikan jumlahnya sebanyak RM1.5 bilion di bawah pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI). 

“Ini adalah penambahan kepada RM1.5 bilion yang diumumkan semasa Belanjawan 2021,” kata Tengku Zafrul dalam Laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-38 hari ini. 

Selain daripada RM3 bilion di bawah PSU 2021, kerajaan turut memperuntukkan RM3.7 bilion di bawah program penjanaan pekerjaan di bawah Belanjawan 2021 yang baharu dimulakan.

Menurut Tengku Zafrul, ini turut merangkumi program insentif pengambilan pekerja bagi majikan dan perniagaan.

Sementara itu, di bawah Kerangka Inisiatif Tambahan Khas PRIHATIN, PSU 2.0 yang diletakkan di bawah pakej KITA PRIHATIN, sehingga 15 Jan, 2021, kerajaan telah menyalurkan sejumlah RM590.35 juta kepada 57,146 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 475,510 pekerja. 

“Seperti yang dinyatakan semasa Belanjawan 2021, PSU bersasar juga diperkenalkan bagi membantu sektor pelancongan dan peruncitan manakala kesemua sektor yang terkesan oleh pelaksanaan PKP tahun ini adalah layak untuk menerima sokongan PSU 3.0 di bawah pakej PERMAI,” kata Tengku Zafrul.

Beliau menambah, bagi PSU 1.0 di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang masih berjalan pula, ia telah mencapai nilai penyaluran sebanyak RM12.702 bilion untuk 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja yang didaftarkan setakat 15 Januari. – BERNAMA

Tags: program subsidi upah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Salur RM20.936 Bilion Program Subsidi Upah, Kekal Pekerja Tempatan

Kerajaan Salur RM20.936 Bilion Program Subsidi Upah, Kekal Pekerja Tempatan

18/08/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyalurkan RM20.936 bilion kepada 357,929 majikan melalui Program Subsidi Upah (PSU) untuk mengekalkan penggajian 2.96 juta pekerja...

Bantuan RM600 Setiap Pekerja Menerusi Program Subsidi Upah 4.0

28/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menampung sehingga 500 pekerja bagi setiap majikan dengan kadar sebanyak RM600 setiap pekerja, selama empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd