• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penggodam Anonymous Beri Amaran Kepada Kerajaan Malaysia

oleh
26/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kumpulan penggodam terkenal, Anonymous Malaysia (Anonymous) kembali muncul dengan sebuah mesej amaran yang ditujukan kepada kerajaan Malaysia.

Menerusi satu video yang dikongsikan melalui akaun Facebook Anonymous Malaysia pada Isnin, mereka mendakwa tahap keselamatan siber negara berada di tahap yang rendah dan berisiko kepada berlakunya kes kebocoran data.

Bagi menyokong dakwaan tersebut, kumpulan tersebut memberikan beberapa kes antaranya seperti kebocoran data oleh syarikat telekomunikasi negara pada 2017 yang melibatkan sebanyak 46 juta nombor telefon bimbit pengguna di Malaysia.

Selain itu, video berdurasi 2.29 saat yang masih belum dipastikan kesahihannya itu turut menyatakan bahawa peningkatan kes penipuan dan insiden serangan siber baru-baru ini yang melibatkan portal web Angkatan Tentera Malaysia sebagai asas dakwaan mereka.

Dalam hal tersebut, Anonymous menyalahkan kerajaan yang didakwa tidak menyokong para pembangun teknologi maklumat.

Kata mereka, hal sedemikian juga berlaku disebabkan kerana pembangun tidak membuat pemilikan atas kod yang dibina dan tidak memiliki keinginan bagi membetulkan kesilapan serta terus kekal dengan situasi tersebut.

Kali terakhir kumpulan tersebut muncul adalah pada tahun 2015 bagi menyatakan sokongan kepada gerakan Bersih 4.0 dan mengancam untuk melancarkan serangan siber kepada kerajaan sekiranya Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak meletakkan jawatan. – Sinar Harian

Tags: Anonymous MalaysiaKerajaan Malaysiapenggodam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penggodam Tajaan Russia Didakwa Cuba Ceroboh Sistem Microsoft

Penggodam Tajaan Russia Didakwa Cuba Ceroboh Sistem Microsoft

09/03/2024
0

WASHINGTON: Microsoft mendakwa kumpulan penggodam tajaan Russia bernama Midnight Blizzard cuba menceroboh sistemnya sekali lagi, dengan menggunakan maklumat yang dicuri...

Kerajaan Mohon Lucut Hak Wang Alvin Goh, Isteri Addy Kana

28/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia memohon untuk melucut hak wang tunai berjumlah lebih RM500,000 dalam akaun milik ahli perniagaan Alvin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd