• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

95 Hospital Swasta Setuju Bantu Rawat Pesakit COVID-19

oleh
26/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat suntikan semangat dalam memerangi penularan pandemik COVID-19 apabila 95 buah hospital swasta bersetuju untuk membantu kerajaan dalam merawat pesakit COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sesi libat urus antara kedua-dua pihak itu adalah satu perkembangan baik yang melibatkan pertukaran dan perkongsian tenaga pakar termasuk aset yang ada ketika negara berusaha keras melandaikan lengkuk pandemik tersebut.

“Kita baru mulakan libat urus dengan mereka Sabtu lalu dan kita dapati, 95 daripada 130 hospital yang berkemampuan merawat pesakit COVID-19, bersetuju untuk sama-sama dalam hal ini. Sehingga kini, kita mempunyai 1,286 katil termasuk 65 di Unit Rawatan Rapi, 54 buah mesin ventilator selain bantuan dari 66 pakar perubatan.

“Kita juga menggunakan Ordinan Darurat yang membolehkan tenaga pakar, petugas dan aset seperti bekalan ubat yang dipinjamkan dari swasta ke swasta, awam ke awam atau sebaliknya,” katanya dalam satu taklimat media darurat COVID-19 bersama KKM secara maya hari ini.

Ditanya sama ada Ordinan Darurat yang sedang dilaksanakan kerajaan ketika ini membantu KKM dalam mengurangkan peningkatan kes COVID-19, Dr Noor Hisham berkata ia sangat berguna dalam membentuk kerjasama dengan hospital swasta khasnya apabila ada kes-kes kecemasan.

Jelasnya, Ordinan Darurat telah memperkasakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dalam berdepan masalah jangkitan penyakit yang kini tidak lagi terhad kepada lokaliti tertentu saja selain kini lebih tinggi tersebar menerusi sporadik berbanding kluster.

“Akta 342 ini dibuat sewaktu 1988 yang dahulunya tidak dimasukkan negeri, cuma kawasan tetapi ia boleh digunakan untuk kecemasan seperti penggunaan tenaga pakar awam ke swasta.

“Kita tidak gunakan kekerasan (paksaan) dengan hospital swasta sehingga membawa kepada mahkamah, sebaliknya ‘soft approach’ dalam membentuk kerjasama di samping melihat kepada keupayaan yang mereka ada,” tambahnya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham juga berkata sistem penjagaan kesihatan negara berada di takat putus dan sebab itu amaran dibangkitkan awal bulan ini susulan kapasiti hospital yang ada bagi menampung pesakit COVID-19.

Beliau berkata integrasi dan kerjasama antara penyedia perkhidmatan kesihatan swasta dan hospital kerajaan boleh mengurangkan kesesakan pesakit.

“Strategi kami adalah untuk mengurangkan kes. Sekarang kita mempunyai ruang yang cukup untuk memenuhi keperluan pesakit. Kami berharap dalam masa dua minggu akan datang, kami dapat mengurangkan dan menstabilkan keadaan. Rancangannya adalah untuk mengurangkan dan mengawal keadaan dan berharap sistem penjagaan kesihatan kembali kepada normal,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kanan Setor Pengurusan Bencana, Wabak, Krisis dan Kecemasan KKM, Dr A.Maheshwara Rao yang turut menyertai taklimat itu berkata aplikasi MySejahtera diwujudkan untuk memberi kesedaran tentang kes COVID-19 termasuk notifikasi berkenaan radius terdekat dengan seseorang pengguna.

Jelasnya, notifikasi itu bukanlah untuk menakutkan pengguna sebaliknya memberikan peringatan dan kesedaran tentang pentingnya aspek penjagaan diri dan prosedur operasi standard (SOP) di mana sahaja mereka berada.

“Malah, apabila ada kes yang berdekatan dengan pengguna, hal ini disebarkan di dalam Twitter dan platform lain. Ini pada saya, satu petanda bahawa masyarakat peka akan kes berhampiran mereka,” katanya dan menambah aplikasi itu akan dikemaskini dalam masa 72 jam untuk tujuan penambahbaikan.

Beliau berkata orang ramai dinasihatkan supaya mengemas kini maklumat diri serta mengaktifkan ‘push notification’ supaya dapat mengetahui maklumat dan hebahan terkini dan sehingga kini, aplikasi itu sudah dimuat turun oleh 27,313,193 pengguna melibatkan 1.5 juta premis perniagaan berdaftar. – BERNAMA

Tags: hospital swastaKKMpesakit COVID-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

Imunisasi Tdap Untuk Ibu Hamil: Perisai Awal Lindungi Bayi Daripada ‘Batuk 100 Hari’

Imunisasi Tdap Untuk Ibu Hamil: Perisai Awal Lindungi Bayi Daripada ‘Batuk 100 Hari’

19/05/2026
0

PETALING JAYA, 19 Mei 2026 – Di sebalik kegembiraan menanti kelahiran cahaya mata, ramai ibu hamil mungkin tidak menyedari bahawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd