• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangka Kes Covid-19 Catat 2 Digit Mei Ini

oleh
25/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan kes jangkitan dalam negara akan berkurangan kepada dua angka pada Mei ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya yakin tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 sejak 13 januari lalu sebelum dilanjutkan kepada Februari mampu melandaikan kes.

“Kita jangkakan empat minggu (tempoh PKP) saja tak mahu panjangkan PKP jika tidak ekonomi terkesan jadi kita perlu seimbangkan kesihatan dan ekonomi,” katanya selepas sesi taklimat media darurat Covid-19 menerusi aplikasi Zoom hari ini.

Jangan Risau… Klik Sini

Katanya, pendekatan seterusnya ialah mengadakan PKP-Bersyarat (PKPB) sehingga beberapa bulan.

“Mungkin tiga bulan. Kita jangkakan Mei akan dapat turunkan kes hingga dua digit,” katanya.

Dalam perkembangan lain Noor Hisham berkata, kerjasama antara hospital swasta berjaya meningkatkan fasiliti merawat pesakit Covid-19 membabitkan 1,286 katil, 65 katil unit rawatan rapi (ICU) serta 54 alat bantuan pernafasan.

“Setakat ini, kita berjaya mengenal pasti 130 hospital swasta yang mempunyai kemampuan perubatan untuk merawat pesakit Covid-19.

“Daripada jumlah itu 95 daripadanya menawarkan 1,286 katil, 65 katil di ICU serta 54 alat bantuan pernafasan dan kita masih lagi menunggu enam lagi hospital.

“Ini satu perkembangan baik kerana kita baru saja libat urus dengan mereka pada 23 Januari lalu tetapi sudah menerima respon yang baik,” katanya.

Katanya, pewartaan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 yang berkuat kuasa 11 Januari lalu membolehkan KKM meningkatkan lagi kerjasama bersama pihak swasta untuk memenuhi keperluan merawat pesakit Covid-19.

“Apa yang penting kita ada pakar dan petugas untuk merawat pesakit. Kita gunakan Ordinan Darurat di mana petugas hospital boleh beralih kepada hospital lain tidak kira antara swasta atau awam.

“Malah, KKM juga boleh meminjamkan ubat kepada hospital swasta dulu untuk merawat pesakit Covid-19 kerana mereka tiada ubatan khas merawat Covid-19 sebelum ini.

“Jadi inilah antara kerjasama dan libat urus KKM bersama pihak swasta dan kita harap akan dapat memantapkan lagi kerjasama ini,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19KKMperintah kawalan pergerakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd