• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 Kematian, Kes Pulih Atasi Jangkitan Baharu Covid-19

oleh
25/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,638 kes sembuh dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 145,084 kes atau 77.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes sembuh itu mengatasi jumlah kes harian baharu iaitu sebanyak 3,048 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 dalam negara mencecah 186,849 kes.

Menurutnya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini adalah 41,076 kes.

Jangan Risau… Klik Sini

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi sebanyak 1,035 kes (34.0 peratus). Daripada jumlah ini, 720 kes adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat yang aktif dijalankan di lapangan. Ia diikuti Johor sebanyak 529 kes dan Sabah sebanyak 348 kes. 

“Sebanyak 62 kes yang dilaporkan pula berkaitan kluster di lokap, depot tahanan imigresen dan penjara yang membabitkan Kluster Matambai (18 kes), Kluster Tembok Taiping (16 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (10 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (9 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (4 kes), Kluster Tembok Mempaga (2 kes), Kluster Tembok Renggam (1 kes), Kluster Tembok Kemus (1 kes), dan Kluster Tropika (1 kes),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, lapan daripada keseluruhan kes baharu dilaporkan hari ini adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Selain itu, katanya, terdapat 261 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 101 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, 11 kematian direkodkan membabitkan tiga kes di Sabah, Selangor (2), Sarawak (2) dan masing-masing satu kes di Kelantan, Pahang, Perak serta Kuala Lumpur.

Tambahnya, daripada jumlah itu, sebanyak 10 kes kematian membabitkan warganegara dan satu kes bukan warganegara. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd