• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penggunaan Katil ICU Untuk Rawatan COVID-19 Cecah 70 Peratus

oleh
22/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital merawat COVID-19 di beberapa negeri berada pada tahap yang tinggi iaitu melebihi 70 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata negeri berkenaan termasuk Johor, Melaka, Perak, Kedah, Sarawak, Sabah dan Kuala Lumpur, manakala di Selangor adalah pada tahap 64 peratus.

“Peratusan pesakit COVID-19 dengan gejala serius iaitu tahap empat dan lima didapati semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Jangan Risau… Klik Sini

“Ini menyebabkan keperluan menggunakan katil bagi rawatan kritikal juga dijangka meningkat,” katanya kepada BH, hari ini.

Sehingga semalam, sebanyak 41,755 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 dilaporkan di negara ini, dengan 260 kes sedang dirawat di ICU dan 103 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata, ketika ini, terdapat 1,009 katil rawatan kritikal di hospital COVID-19 di seluruh negara, dengan kadar penggunaannya adalah 71 peratus termasuk bagi pesakit yang bukan disebabkan virus itu.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 548 katil ICU diperuntukkan bagi pesakit COVID-19, manakala jumlah ventilator di hospital COVID-19 pula adalah sebanyak 1,908 unit dengan kadar penggunaannya ketika ini adalah 43 peratus.

“Buat masa ini, beberapa ruang di hospital Kementerian Kesihatan (KKM) sudah ditukar fungsi sebagai ICU tambahan (repurposed ICU) dan 282 katil ICU tambahan diwujudkan. 

“Inisiatif ini membabitkan naik taraf kemudahan dan perolehan peralatan perubatan baharu sejak gelombang pertama lagi, dan ia akan diteruskan,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata kekurangan anggota perubatan seperti jururawat terutama yang mempunyai latihan khusus dalam bidang rawatan rapi adalah antara cabaran utama bagi mengoperasikan katil rawatan kritikal berkenaan.

“KKM akan mengoptimumkan sumber tenaga manusia sedia ada melalui mobilisasi anggota perubatan di dalam negeri atau antara negeri, namun buat masa ini, peningkatan kes dan banjir yang membabitkan beberapa negeri menyukarkan proses mobilisasi ini,” katanya.

Sehingga kini, sebanyak 44 hospital di bawah KKM mengendalikan kes COVID-19, manakala dua hospital bukan di bawah KKM. – BH Online

Tags: Covid-19ICUKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd