• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ujian RTK-Ag Dijalankan Seminggu Selepas Muncul Gejala

oleh
22/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penggunaan kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) COVID-19 perlu dikendalikan oleh individu terlatih, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata untuk mendapatkan keputusan yang tepat, ujian RTK-Ag perlu dilakukan dalam tempoh lima hingga tujuh hari pertama setelah wujudnya gejala.

“Lebih spesifik untuk kelompok baharu dengan kadar jangkitan positif yang tinggi dan apabila kajian keseirasan menunjukkan tahap kespesifikan yang tinggi.

Jangan Risau… Klik Sini

“Disarankan pengesahan ujian RTK-Ag, apabila sistem kesihatan dibebani. Kepekaan alat ujian (untuk RT-Ag) mestilah lebih dari 80 peratus dan kespesifikan melebihi 97 peratus,” katanya menerusi catatan Twitternya hari ini yang menyenaraikan lima cadangan umum untuk ujian RTK-Ag bagi pengesahan kes COVID-19.

Dr Noor Hisham berkata kit ujian RTK-Ag digunakan ketika tempoh masa, teknik Real-Time Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT PCR) lebih dari 48 hingga 72 jam atau jika ujian RT PCR tidak dapat diperoleh.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata bahawa Malaysia adalah antara beberapa negara pertama di dunia yang menggunakan RTK-Ag untuk melakukan ujian saringan COVID-19 dan Kementerian Kesihatan (KKM) telah menggunakannya sejak Jun tahun lepas.

Kit berkenaan telah diuji oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (NPHL) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) bagi memastikan pematuhan terhadap standard yang diperlukan dan kemudian diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) untuk penggunaan yang lebih meluas dalam kalangan masyarakat.

Muhyiddin berkata, kit ujian RTK-Ag digunakan sebagai ujian pengesahan di Sabah sejak 5 Okt tahun lepas sehingga 14 Jan dengan 365,740 ujian RTK-Ag dijalankan dan pengesan kadar positif 3.75 peratus, sekali gus telah memudahkan usaha KKM dalam menguruskan wabak di negeri itu.

Penggujian massa kit ujian RTK-Ag juga telah digunakan untuk menguruskan wabak COVID-19 dalam kalangan pekerja asing di negara ini, kata Muhyiddin. – BERNAMA

Tags: Covid-19KKMRTK-Ag
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd