• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3,170 Kes Baharu Covid-19, 12 Kematian Hari Ini

oleh
21/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,170 kes baharu positif Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan penularan wabak itu bertambah kepada 172,549 kes dengan kebolehjangkitan 41,755 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, lapan kes import dan 3,162 kes penularan tempatan.

“Kuala Lumpur melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 576 kes. Daripada jumlah itu sebanyak 310 kes adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat yang dijalankan di lapangan.

Jangan Risau… Klik Sini

“Ini diikuti Selangor sebanyak 545 kes dan Johor sebanyak 423 kes.

“Sebanyak 26 kes yang dilaporkan hari ini berkaitan kluster di lokap, depoh tahanan imigresen dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (10 kes), Kluster Damai Pelangi (8 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (5 kes), Kluster Tembok Mempaga (2 kes) dan Penjara Sungai Jeluk (1 kes),” katanya dalam sidang media hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 2,490 kes pulih dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih di negara ini sebanyak 130,152 kes.

Selain itu, katanya, terdapat 260 pesakit Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 103 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, kes kematian pada hari ini adalah 12 kes menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 642 kes iaitu 0.37 peratus.

“Kes kematian membabitkan empat kes di Johor, Selangor (3 kes), Sabah (2 kes) dan masing-masing satu kes dari Negeri Sembilan, Perak dan Sarawak. 

“Kesemua kes adalah warganegara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di Klinik Kesihatan Setapak merupakan inisiatif sokongan komunikasi kepada...

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyemak dakwaan kad laporan kesihatan oleh sebuah klinik kesihatan kerajaan menggunakan bahasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd