• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Dapatkan Nasihat KKM Lanjut Operasi Kedai Makan

oleh
19/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung saranan melanjutkan waktu operasi restoran atau kedai makan di negeri-negeri yang kini melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan menerima rungutan orang ramai kerana had waktu sehingga jam 8 malam menyukarkan mereka mendapatkan makanan untuk makan malam terutama bagi golongan pekerja.

Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan juga perlu mempertimbangkan kes positif harian Covid-19 yang masih tinggi ketika ini.

“Kita juga menerima pertanyaan daripada beberapa orang, semua premis perniagaan ditutup pada jam 8 malam. Kalau restoran tutup jam 10 (malam), maka perlukah buka kedai lain sampai jam 10 (malam)?

“Kes (sekarang) masih dalam sekitar 3,000 lebih. Susah juga itu, jadi biarlah KKM keluarkan pandangan mereka,” katanya menurut laporan Malaysiakini pada Selasa.

Pada sidang akhbar mengenai perkembangan PKP pada Selasa lepas, Ismail Sabri memaklumkan kerajaan menetapkan had waktu untuk restoran dibuka hanya antara jam 6 pagi hingga 8 malam setiap hari.

Beliau berkata, ini termasuk kedai makan, penjaja tepi jalan dan beredar serta medan selera, namun tidak boleh makan di premis berkenaan kerana hanya penghantaran, pembungkusan dan pandu lalu dibenarkan.

Bagaimanapun, sejak PKP dilaksanakan bermula Rabu lalu, ada dalam kalangan orang ramai menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai kekangan masa untuk mendapatkan makan malam setelah pulang daripada bekerja.

Ini menyebabkan perbahasan dalam kalangan warga maya dan baru-baru ini mencetuskan perdebatan sengit antara dua individu di Twitter yang menyebabkan hashtag #SiBodohKauDengarSini menjadi sohor. – Sinar Harian

Tags: Covid-19kedai makanKKMperintah kawalan pergerakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd