• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

COVID-19: Warga Malaysia Kes Jangkitan Komuniti Di Singapura

oleh
19/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Wanita Malaysia berusia 66 tahun adalah satu daripada dua kes jangkitan dalam komuniti yang dilaporkan oleh Singapura pada Isnin.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura, warga emas yang juga pesara itu adalah pemegang pas lawatan jangka panjang dan tinggal di negara itu sejak Januari tahun lepas.

Dilabelkan sebagai kes 59395, wanita berkenaan adalah ahli keluarga kepada kes 59365, iaitu seorang lelaki warga Singapura berusia 44 tahun yang bekerja sebagai pegawai pentadbiran di Pasukan Polis Singapura, 2 Mowbray Road di sini.

Lelaki berkenaan disahkan positif COVID-19 pada 16 Januari.

MOH memaklumkan bahawa wanita berkenaan didapati mengalami gejala jangkitan pernafasan akut (ARI) dan cirit-birit pada 9 Januari lepas dan kehilangan rasa pada 14 Januari, namun belum mendapatkan rawatan.

Setelah dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes 59365, wanita terbabit telah dihubungi oleh MOH pada 16 Januari dan menjalani ujian COVID-19 apabila menunjukkan mempunyai gejala.

Setelah ujian wanita berkenaan menunjukkan positif COVID-19 pada keesokannya, pesakit kemudiannya dibawa ke Hospital Tan Tock Seng.

“Ujian menunjukkan dia positif. Bersama dengan gejala COVID-19, ini menunjukkan kemungkinan jangkitan baru-baru ini bermula pada 9 Januari,” menurut MOH.

Wanita itu adalah salah satu daripada kes berkaitan dengan kluster kes 59280 dengan enam kes disahkan positif.

Kes 59280 adalah rakan kes 59365, dilaporkan pada 14 Jan membabitkan lelaki warga Singapura berusia 32 tahun yang bekerja sebagai doktor haiwan di Pasukan Polis Singapura, 2 Mowbray Road.

Sementara itu, seorang lagi warga Malaysia, lelaki berusia 30 tahun adalah antara 12 kes import dilaporkan pada Isnin.

Lelaki berkenaan adalah pemegang permit kerja tiba dari Malaysia didapati tidak bergejala dan dilabel sebagai kes 59390, menurut MOH.

Setakat tengah hari, Singapura melaporkan 14 kes baharu membabitkan 12 kes import dan dua jangkitan tempatan menjadikan jumlah terkumpul kes COVID-19 di republik itu sebanyak 59,127.

Tiada kes membabitkan asrama pekerja asing. – BERNAMA

Tags: Covid-19Singapurawarga malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd