• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbicaraan Kes Ahmad Zahid Ditangguh

oleh
18/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membabitkan dana Yayasan Akalbudi yang sepatutnya bersambung hari ini, ditangguhkan ke 27 Januari ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes itu memberitahu perkara berkenaan kepada Bernama menerusi pesanan aplikasi Whatsapp.

“Perbicaraan itu akan disambung semula pada 27 Januari tetapi tertakluk kepada sebarang lanjutan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) oleh kerajaan. 

“Jika PKP dilanjutkan lagi, mungkin kita akan mula pada 22 Februari,” katanya.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Farah Azura Mohd Saad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Pihak pendakwaan dijadualkan memanggil pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Fairul Rafiq Hamiruddin untuk memberi keterangan pada perbicaraan akan datang.

Pada 28 Oktober lalu, pihak pendakwaan memaklumkan Hakim Collin Lawrence Sequerah yang mendengar kes itu bahawa tujuh saksi lagi akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Seramai 90 saksi pendakwaan memberi keterangan dalam perbicaraan yang kali terakhir berlangsung pada 13 Oktober lalu, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Armada Holdings Sdn Bhd, Datuk Wasi Khan @ Wasiyu Zama Israr; bekas pegawai khas Ahmad Zahid, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar; rakan kongsi firma guaman Tetuan Lewis & Co, B Muralidharan; pengurup wang, Omar Ali Abdullah dan bekas Setiausaha Eksekutif kepada Ahmad Zahid, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly.

Ahmad Zahid, 68, yang juga Presiden UMNO, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya berkaitan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. – BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid Hamidiyayasan akalbudi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kita Lawan… Lawan Sampai Menang – Pesan Zahid Hamidi

Kita Lawan… Lawan Sampai Menang – Pesan Zahid Hamidi

18/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh ahli dan penyokong parti supaya...

Masa Terbaik UMNO Keluar Dari Kerajaan Madani

Masa Terbaik UMNO Keluar Dari Kerajaan Madani

13/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 disifatkan sebagai masa terbaik untuk UMNO mempertimbangkan kedudukannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd