• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Perak Arah Aktiviti Di Air Terjun Batu Dihentikan

oleh
18/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan negeri mengarahkan sebarang kerja-kerja termasuk aktiviti kuari di kawasan Air Terjun Tanjung Batu Teluk Sera, Segari di Pantai Remis, Beruas dihentikan sementara.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata arahan itu dikeluarkan sementara menunggu hasil siasatan terhadap dakwaan berlaku kerosakan di kawasan air terjun terletak di Hutan Simpan Segari Melintang, Pantai Remis yang berstatus Hutan Simpanan Kekal.

Katanya, kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Seitar (JAS) untuk melakukan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan yang tular di media sosial baru-baru ini. 

“Pihak Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) juga diminta menyediakan laporan terperinci mengenai aktiviti kuari yang didakwa menjadi punca kerosakan di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Semalam, Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) membawa media meninjau kawasan terlibat telah mendakwa air terjun yang menjadi tarikan pelancongan, kini musnah hampir 90 peratus susulan aktiviti kuari sejak tahun lepas.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhutanan Perak, Datuk Mohamed Zin Yusop berkata tindakan akan diambil ke atas kontraktor terlibat mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 jika terbukti berlaku pelanggaran syarat lesen bagi aktiviti kuari di kawasan air terjun berkenaan. 

“Kontraktor juga telah diarah melakukan kerja-kerja pembersihan dengan segera. Hujan lebat menghanyutkan sisa-sisa kayu daripada aktiviti kuari ke dalam sungai sehingga menyebabkanya kotor,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohamed Zin berkata beliau masih menunggu laporan daripada Pejabat Hutan Daerah bagi mengenal pasti tahap serius kerosakan kawasan air terjun tersebut. – BERNAMA

Tags: Air Terjun Tanjung Batu Teluk Seraaktiviti kuarikerajaan perak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

03/09/2025
0

IPOH: Kerajaan Negeri Perak mengambil tanggungjawab sepenuhnya insiden seorang wanita cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sewaktu sambutan Hari...

Perak Mahu Siasatan Menyeluruh Cari Jawapan Punca Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh – Saarani

Perak Mahu Siasatan Menyeluruh Cari Jawapan Punca Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh – Saarani

21/06/2025
0

IPOH: Kerajaan Perak meminta jabatan dan agensi berkaitan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mencari jawapan punca bunyi letupan dan gegaran di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd