• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Warga Bangladesh Positif Covid-19 ‘Check In’ Di KLIA

oleh
18/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tindakan dua warganegara Bangladesh yang positif Covid-19 cuba menaiki penerbangan pulang ke negara mereka menimbulkan kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Ahad lalu. 

Kedua-dua mereka yang berusia 20-an itu ditahan ketika hendak mendaftar masuk untuk menaiki penerbangan Malindo Air pada 9 malam. 

Difahamkan ketika hendak mendaftar masuk, petugas di kaunter berkenaan meminta slip ujian saringan Covid-19 kepada dua individu terbabit sebelum pemeriksaan mendapati mereka positif Covid-19.

Menurut sumber, kedua-dua warganegara Bangladesh itu menyerahkan ujian slip saringan Covid-19 yang dilakukan di sebuah klinik swasta. 

Katanya, prosedur bagi penerbangan antarabangsa memerlukan penumpang menunjukkan hasil ujian saringan Covid-19 sebelum mereka mendaftar masuk. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian berkenaan. 

“Anggota polis yang membuat rondaan ketika itu sudah menghubungi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut dan sepasukan petugas KKM yang lengkap memakai pakaian pelindung diri (PPE) tiba di lokasi beberapa minit kemudian. 

“Kedua-dua warga Bangladesh itu sudah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan susulan,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19KLIAWarga Bangladesh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Wanita yang didakwa menetap di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disahkan warga tempatan dan memiliki kad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd