• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Beri Keterangan Mengenai Karikatur Komunis

oleh
13/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Pasangan suami isteri yang mempamerkan karikatur wajah pemimpin komunis di restoran milik mereka tampil ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Timur Laut, di sini, bagi memberi keterangan.

Kedua-duanya yang berusia 41 tahun itu dilihat hadir ke balai polis berkenaan bersama peguam Dev Kumaraendran kira-kira 12.30 tengah hari.

Dev berkata, pasangan terbabit mempunyai dua restoran di Jalan Icon City, Juru dan Pulau Tikus, di sini. 

Katanya, karikatur berkenaan menghiasi dinding premis mereka sejak dua dan empat tahun lalu. 

“Mereka tidak pernah berniat mahu menggambarkan unsur komunisme pada lukisan dinding premis seperti yang didakwa pelbagai pihak.

“Justeru, kami serahkan kepada siasatan polis,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Pada 2 Januari lalu, polis merampas pelbagai gambar dan cawan mempamerkan karikatur berunsurkan wajah pemimpin komunis di sebuah restoran dua tingkat dekat Jalan Icon City, Juru, di sini.

Serbuan dijalankan selepas menerima maklumat daripada cawangan khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah mengenai terdapat premis milik lelaki tempatan dan isterinya warga China menampal gambar pemimpin komunis, Mao Tse-tung.

Difahamkan semasa serbuan, kedua-duanya tiada di premis itu kerana menjalani tempoh kuarantin Covid-19. – myMetro Online

Tags: KomunisPulau Pinang
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tiada Elemen Negatif, Sensitif Dalam Buku Tentang Shamsiah Fakeh – Aminuddin

Tiada Elemen Negatif, Sensitif Dalam Buku Tentang Shamsiah Fakeh – Aminuddin

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya mendakwa tiada elemen negatif dan sensitif dalam dua buah buka yang mengisahkan...

Jamuan Raya Tokong: ‘Jawab Saja Dengan Tegas Tak Boleh’ – Ridhuan Tee

Jamuan Raya Tokong: ‘Jawab Saja Dengan Tegas Tak Boleh’ – Ridhuan Tee

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah tampil mengkritik polemik penganjuran jamuan Hari Raya Aidilfitri oleh sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd