• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM, Pfizer Meterai Perjanjian Keluar, Bekal Vaksin COVID-19

oleh
11/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia, melalui Kementerian Kesihatan, hari ini memeterai perjanjian dengan Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd bagi mengeluar dan membekalkan vaksin COVID-19 Pfizer di negara ini. 

Perjanjian itu adalah lanjutan kepada perjanjian “Binding Heads of Terms” (perjanjian awal untuk mengikat terma-terma) yang ditandatangani pada 24 November lalu. 

Perjanjian dimeterai secara telesidang oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang mewakili kerajaan Malaysia dan Pengurus Negara Pfizer (Malaysia dan Brunei), Luksanawan Thangpaibool bagi pihak Pfizer. Perjanjian disaksikan oleh Ketua Pasaran Baru Muncul Asia Pfizer, Anil Argilla.

Berucap pada majlis itu, Dr Adham berkata, kerajaan Malaysia menghargai sokongan yang diberi oleh Pfizer dan berharap bekalan vaksin akan tiba di negara ini lebih awal daripada jangkaan. 

Argilla pula berkata, Pfizer komited untuk memastikan bukan sahaja akses kepada vaksin tetapi juga bekerja bersama bagi mengakhiri pandemik. 

“Ini adalah satu langkah ke depan yang memberikan keupayaan untuk mengawal dan juga kemungkinan menamatkan terus penularan pandemik ini di Malaysia,” katanya kepada Bernama. 

Pada hujung November lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Malaysia sudah memeterai perjanjian dengan Pfizer untuk mendapatkan bekalan 12.8 juta dos vaksin COVID-19 bagi menampung keperluan imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta rakyat negara ini.

Kerajaan juga bersetuju untuk membuat perolehan bekalan tambahan 12.2 juta dos yang menjadikan jumlah keseluruhan vaksin Pfizer-BioNTech BNT1262b sebanyak 25 juta dos yang akan diterima sepanjang tahun 2021. 

Ketika ini kerajaan sedang berunding dengan 10 daripada 12 syarikat (pengeluar) vaksin COVID-19 yang kini berada dalam ujian klinikal fasa tiga, termasuk dari China, Russia dan Amerika Syarikat (AS). – BERNAMA

Tags: KKMPfizervaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd