• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Runding Bersama Pengimport, Pengedar Daging

oleh
11/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan mengadakan rundingan meja bulat bersama pengimport dan pengedar daging serta produk daging pada Isnin sebagai salah satu usaha menyelesaikan isu kartel daging import haram di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kerajaan serius mengenai isu halal dan integriti dalam pengurusan halal.

“Dengan sokongan semua pihak, saya yakin usaha ini bakal menatijahkan penyelesaian yang terbaik untuk Malaysia, juga kepada rakyat Malaysia khususnya umat Islam,” katanya menerusi ciapan di akaun Twitter rasmi beliau.

Menerusi ciapan itu, Zulkifli memaklumkan beliau juga menyampaikan ucaptama dalam rundingan meja bulat berkenaan dan turut memuatnaik sekeping foto.

Menurutnya, rundingan itu turut dihadiri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP), Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Tambah beliau, terdahulu, Mesyuarat Penyelarasan Pelan Tindakan Menangani Isu Pemalsuan Logo Halal di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) baru-baru ini telah bersetuju untuk memperhalusi beberapa cadangan antaranya memperketat prosedur pengimportan daging halal, pengangkutan dan pergudangan.

Pada 2 Disember lalu, Sinar Harian membongkar taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia dalam serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai.

Kegiatan itu dipercayai dijalankan sejak beberapa tahun lalu dengan menjadikan gudang tersebut sebagai lokasi untuk membuat label dan cap palsu yang akan ditampal pada kotak daging yang telah dibungkus semula sebelum dijual di pasaran tempatan sebagai daging halal. – Sinar Harian

Tags: Daging ImportHalalKartel Daging
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ikan Belacak Halal Dimakan

13/06/2022
0

PUTRAJAYA : Ikan belacak atau dikenali ikan tembakul halal dimakan kerana ia dalam kategori haiwan air. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Itu penjelasan...

Suruhanjaya Patuh Syariah Untuk Kawal Selia Ekonomi Halal

30/05/2022
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru agar kawal selia lebih komprehensif melibatkan ekonomi halal boleh disatukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd