• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Harian COVID-19 Boleh Cecah 8,000 Kes Mac Ini

oleh
07/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angka jangkitan baharu COVID-19 berisiko mencecah hingga 8,000 kes sehari menjelang minggu ketiga Mac ini sekiranya nilai kebolehjangkitan semasa atau RO berada pada kadar 1.2. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jangkaan unjuran kes dari 4 Januari sehingga 31 Mei itu berdasarkan nilai kebolehjangkitan semasa atau RO di negara ini sekiranya ia berada pada kadar 1.1 atau 1.2. 

“Berdasarkan graf Kementerian Kesihatan (KKM), jika RO berada pada kadar 1.2, kes harian COVID-19 akan mencecah 3,000 kes pada minggu keempat Januari ini. 

“Jika RO pada kadar 1.1, peningkatan kes akan sedikit perlahan, iaitu dijangkakan 3,000 kes setiap hari dijangka bermula pada minggu kedua Februari,” katanya dalam satu ciapan menerusi Twitter rasminya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, KKM turut menjangkakan jangkitan baharu COVID-19 akan melonjak dengan cepat iaitu kepada 5,000 kes harian pada minggu ketiga Februari ini sekiranya RO berada pada kadar 1.2. 

Beliau berkata, gelombang kes COVID-19 di negara ini akan bertambah buruk pada Mac nanti dan sukar dikawal jika RO di tahap 1.2. 

Bagaimanapun, jika RO dicatatkan pada kadar 1.1, risiko kes COVID-19 mencecah 8,000 kes dapat diperlahankan sehingga Mei depan. – BH Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd