• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Maut Rusuhan Di Capitol AS

oleh
07/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Sekurang-kurangnya empat terbunuh dalam insiden rusuhan oleh penyokong Presiden Donald Trump di Capitol Amerika Syarikat (AS), memetik polis pada Rabu.

Terdahulu, polis mengesahkan seorang wanita maut ditembak dan menurut Ketua Polis D.C. Robert Contee, mangsa ditembak oleh pegawai polis Capitol berpakaian biasa, lapor Agensi Anadolu.

Identiti wanita itu belum dikenal pasti.

“Ini kejadian yang tragis dan saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan mangsa,” tambahnya.

Walaupun Polis Capitol, berada di bawah agensi penguatkuasaan undang-undang yang berasingan dengan Jabatan Polis D.C, namun siasatan mengenai insiden itu akan tetap dilakukan sama seperti kes lain membabitkan tembakan oleh anggota polis.

Contee berkata, tiga lagi mangsa – seorang wanita dan dua lelaki, bagaimanapun beliau tidak memberikan butiran lanjut mengenai sebab kematian.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 14 anggota polis cedera, termasuk seorang parah, kata Contee.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 52 orang ditahan, 47 daripadanya kerana melanggar perintah perintah berkurung.

Polis turut menjumpai sebutir bom buatan sendiri masing-masing di Bangunan Jawatankuasa Demokratik dan di Bangunan Jawatankuasa Republik.

Senjata api dan bom botol turut dijumpai di dalam sebuah kenderaan di perkarangan Capitol. – BERNAMA

Tags: Amerika SyarikatCapitol ASRusuhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Empat Tentera AS Disahkan Maut Selepas Pesawat KC-135 Terhempas Dalam Operasi Perang Iran Di Iraq

Empat Tentera AS Disahkan Maut Selepas Pesawat KC-135 Terhempas Dalam Operasi Perang Iran Di Iraq

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BAGHDAD – Sekurang-kurangnya empat anggota tentera Amerika Syarikat disahkan terbunuh selepas sebuah pesawat pengisian minyak udara KC-135 Stratotanker...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd