• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ekonomi Malaysia Dijangka Melonjak Semula Lebih Pesat

oleh
06/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia dijangka melonjak semula dengan lebih pesat lagi selepas negara berjaya mengawal dan meredakan pandemik COVID-19, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata jangkaan ini berdasarkan indeks sekatan pergerakan berkesan, apabila sebuah perunding antarabangsa mengunjurkan Malaysia adalah antara tiga negara yang mempunyai ruang paling banyak untuk mengawal dan meredakan pandemik COVID-19 pada 2021. 

Beliau turut memetik laporan berita sebuah syarikat media antarabangsa, yang meletakkan Malaysia di tempat kelima sebagai destinasi tumpuan pelaburan dan perniagaan utama dalam kalangan ekonomi membangun sedunia bagi tahun 2021, mengatasi negara-negara seperti China, Filipina, India dan Indonesia.

“Ini berdasarkan, antara lainnya, potensi pemulihan ekonomi yang pesat, serta kedudukan fiskal dan kewangan negara yang stabil,” katanya ketika membentangkan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-35 hari ini.

Beliau turut memetik laporan oleh sebuah firma perunding antarabangsa baru-baru ini yang menyimpulkan bahawa Kuala Lumpur kekal menarik kepada komuniti perniagaan antarabangsa, mengambil kira faktor-faktor seperti kemudahan infrastruktur yang bersepadu, kepelbagaian dan mutu sumber manusia, serta kesediaan negara dalam mengadaptasi teknologi digital. 

“Dalam kerajaan merangka perjalanan ekonomi negara pasca COVID-19 ini, semestinya sebarang keputusan perlu mengimbangi antara pengurusan sumber sedia ada, serta impak positif atau pengganda bagi jangka masa pendek dan panjang.

“Pendekatan ini akan terus diamalkan oleh Kementerian Kewangan dalam penggubalan setiap dasar,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ekonomi Malaysiapandemik COVID-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ekonomi Malaysia Kembali Stabil Pada 2022 – Pakar Ekonomi

28/12/2021
0

KUALA LUMPUR : Di sebalik kelemahan ekonomi global dan bazooka dalam pasaran ekuiti dan bon, ekonomi Malaysia diyakini mampu tampil...

BNM: Ekonomi M’sia Menguncup 4.5% Pada Suku Ketiga 2021

12/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia menguncup sebanyak 4.5 peratus pada suku ketiga 2021 berbanding dengan pertumbuhan 16.1 peratus yang dicatatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd