• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak 5 Tahun Pecah Usus Disepak Nenek Saudara

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAWANG – Disepak, ditendang sehingga usus pecah. Itu perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap kanak-kanak perempuan yang maut didera nenek saudaranya, 30 Disember lalu.

Mangsa berusia 5 tahun dipercayai diperlakukan sedemikian oleh suspek yang juga warga Indonesia berusia 55 tahun sejak tinggal bersama pada 2017.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, mangsa ditemui tidak sedarkan diri oleh ibu saudaranya di rumah mereka di Kampung Sungai Chinchin jam 7 malam sebelum menghubungi ambulans.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Katanya, bedah siasat yang dijalankan hari berikutnya mendapati mangsa maut akibat kecederaan pada ususnya yang pecah dipercayai kerana didera.

“Keluarga mangsa pada mulanya mendakwa mangsa mengalami sakit perut dan muntah sebelum ditemui tidak sedarkan diri di ruang tamu selain enggan membuat bedah siasat.

“Berdasarkan keputusan bedah siasat itu, polis menahan enam individu masing-masing tiga lelaki dan tiga wanita berusia 25 hingga 55 tahun termasuk suspek utama yang juga nenek saudara mangsa untuk siasatan lanjut.

“Pemeriksaan lanjut juga menemui kesan parut lama tubuh mangsa dicucuh dengan ubat nyamuk yang dibakar,” katanya dalam sidang media di Balai Polis Rawang, di sini, hari ini.

Katanya, sebelum ini polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut sebelum membuka siasatan sebagai kes bunuh kerana terdapat unsur jenayah pada mangsa.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut tidak menolak kemungkinan suspek mendera mangsa yang tidak mampu berjalan dan berdiri kerana sering buang air besar tanpa sedar.

“Mangsa juga mempunyai rekod penyakit lebihan cecair dalam otak selain pernah menjalani pembedahan namun mampu bertutur dengan baik.

“Bapa mangsa yang tinggal bersama dipercayai tidak menyedari kejadian menimpa anaknya kerana bekerja sebagai pemandu lori dan sering tiada di rumah,” katanya.

Katanya, semua suspek ditahan 1 Januari lalu kini direman selama enam hari sehingga 7 Januari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – myMetro Online

Tags: ditendangkanak-kanaknenekUsus Pecah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd