• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Kerah Anggota, Gerak Aset Bantu Mangsa Banjir

oleh
05/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini mula mengatur gerak seramai 4,983 pegawai dan anggota tentera berserta 1,015 aset dalam Op Murni bagi membantu mangsa-mangsa banjir di enam buah negeri yang terjejas teruk.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata enam negeri iaitu Johor, Pahang, Terengganu, Selangor, Kelantan dan Perak dilanda bah sejak akhir minggu lepas, dan kini melibatkan pemindahan 22,699 mangsa banjir di 282 pusat pemindahan.

Beliau berkata 4,983, pegawai dan anggota tentera yang diatur gerak itu adalah bagi membantu memindahkan mangsa banjir, selain memasang jambatan jenis ‘bailey bridge’ bagi menghubungkan jalan kampung yang terputus akibat bencana tersebut dengan pusat bandar.

Aset-aset ATM yang digerakkan melibatkan  800 buah trak pelbagai saiz, 197 pelbagai bot, 10 jambatan bailey bridge, enam buah helikopter dan dua buah pesawat pengangkut, katanya pada sidang media mengenai atur gerak ATM dalam Op Murni Bantuan Pengurusan Bencana Banjir, di Wisma Pertahanan di sini.

Beliau berkata ATM juga telah mengatur gerak sebahagian trup dan asetnya ke negeri-negeri terjejas teruk iaitu iaitu daripada Batalion 12 Rejimen Askar Melayu Diraja di kawasan tanggungjawab di Pahang iaitu Kuantan dan Maran.

Beliau berkata di Johor pula, trup Batalion 10 Rejimen Askar Melayu Diraja dihantar ke tujuh daerah terjejas iaitu Pontian, Batu Pahat, Kota Tinggi, Mersing, Kulai, Kluang dan Johor Bahru,  manakala Rejimen 33 Artileri Diraja diatur gerak ke Kota Tinggi.

Sementara itu, ditanya sama ada terdapat prosedur operasi standard (SOP) di pusat pemindahan banjir, Ismail Sabri berkata setiap pusat pemindahan banjir telah mempunyai SOP.

“Kami ‘alert’ dengan situasi semasa COVID-19 yang terkini, oleh itu orang ramai tidak perlu bimbang kerana cara memindahkan orang tua yang uzur ketika banjir juga mempunyai SOP,” katanya

Turut hadir Panglima ATM, Jen Tan Sri Affendi Buang; Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain; Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal Abdul Samad dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany. – BERNAMA

Tags: Angkatan Tentera Malaysiamangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Dukacita Pemergian Prebet Muhammad Amirul, Jamin Keadilan Ditegakkan

Menteri Pertahanan Dukacita Pemergian Prebet Muhammad Amirul, Jamin Keadilan Ditegakkan

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham Prebet Muhammad Amirul Raziq...

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd