• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Cadangan Guna Nyamuk Ginetik Tangani Denggi

oleh Ahmad Albab
07/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Kementerian Kesihatan tidak bercadang untuk menggunakan nyamuk ginetik (GMO) bagi mengatasi kes demam denggi, kata Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata kaedah itu yang dikaji sekitar 2010 didapati tidak praktikal disamping melibatkan kos tinggi.

Katanya kajian saintifik juga mendapati kaedah GMO tidak dapat digunakan dalam kawasan luas di samping terdapat kebimbangan rakyat terhadap ekologi di kawasan sekitar mereka.

“Kita tidak akan gunakan selagi kaedah ini dilihat tidak praktikal dan melibatkan kos amat tinggi disamping tidak mendatangkan kesan seperti yang kita mahukan,” katanya kepada pemberita.

Beliau merasmikan Program Kesihatan Masyarakat India 1Malaysia di sini pada Sabtu.

Menerusi kaedah tersebut, nyamuk jantan GMO yang direka khusus dijangka mengawan dengan nyamuk Aedes betina biasa yang diharapkan telur yang dihasilkan kelak akan mati dan dengan itu menghalang pembiakan generasi nyamuk Aedes.

Kementerian Kesihatan menganggarkan kos RM100 juta bagi melaksanakan kaedah itu di empat negeri terpilih.

Sehubungan itu, Dr Subramaniam berkata selain kaedah biasa seperti semburan antinyamuk, kempen kesedaran dan penguatkuasaan, kementeriannya sedang giat mencari kaedah lain dalam menangani denggi.

“Antara kaedah yang kita sedang cuba ialah teknik semburan antinyamuk yang semburannya boleh meresap di dinding bangunan seterusnya bertahan selama tiga bulan, di samping penggunaan pil antinyamuk dan cat dinding antinyamuk,” katanya. – BERNAMA

Tags: denggiDr S. Subramaniam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lonjakan Denggi Ancam Singapura

09/06/2022
0

SINGAPURA – Pemerintah Singapura menyatakan bahawa republik itu sedang berdepan dengan situasi kecemasan bagi wabak demam denggi selepas mencatatkan lonjakan...

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

13/05/2022
0

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd