• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bicara Kes Najib Bersambung Semula Pagi Ini

oleh
05/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setelah hampir empat bulan ditangguhkan, perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan bermula di Mahkamah Tinggi pagi ini.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah akan bersambung dengan saksi pendakwaan ke-10 iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman akan disoal balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pembelaan.

Mohd Hazem, 47, mula memberi keterangan pada 14 September tahun lalu.

Najib, 67, didakwa terhadap empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Mahkamah menetapkan 4 hingga 7 Januari, 25 – 27 Januari; 2 hingga 4 Februari, 8 – 11 Februari, 15 – 18 Februari; 5 – 8 April, 19 – 22 April, 26 – 28 April; 3 – 6 Mei, 17 – 20 Mei, 24 – 27 Mei; 1 – 3 Jun, 8 – 10 Jun, 21 – 24 Jun, 28 – 30 Jun dan 5 – 8 Julai untuk perbicaraan kes itu.

Sebelum ini, petugas media dikehendaki mengambil pas khas untuk memasuki mahkamah terbuka dan dua bilik video yang dikenali sebagai ‘video link’ yang memaparkan perbicaraan secara langsung.

Bagaimanapun, sejak pandemik Covid-19 Mac tahun lalu, pihak pengurusan mahkamah mengehadkan jumlah media bagi mahkamah terbuka dan bilik video kepada masing-masing 10 orang. – BERNAMA

Tags: 1MDBNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd