• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Jangkitan COVID-19 Dijangka Terus Memuncak

oleh
02/01/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Kerajaan menjangkakan peningkatan kes jangkitan COVID-19 akan terus memuncak, berikutan pengesanan aktif secara besar-besaran yang dijalankan di seluruh negara. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata kerajaan menjangkakan jumlah jangkitan wabak COVID-19 akan terus mencatat angka tinggi, berikutan langkah pengesanan yang diperhebatkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata, setakat ini lebih 70,000 pekerja warga asing di Wilayah Persekutuan dan Selangor sudah disaring. 

“Sasaran kerajaan adalah untuk menyaring sehingga 800,000 pekerja warga asing dalam masa terdekat. Selari dengan arahan kerajaan mewajibkan semua pekerja warga asing menjalani ujian saringan COVID-19 bermula semalam,” katanya. 

Beliau berkata, salah satu faktor utama kes jangkitan dalam negara tinggi, susulan pengesanan jangkitan dalam kalangan pekerja warga asing di tapak pembinaan dan sektor perkilangan.

“Arahan mewajibkan ujian saringan ke atas pekerja warga asing bermula semalam juga akan menyaksikan kes jangkitan tinggi dijangka terus direkodkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Bahagian Tenggara 2020 di Bandar Tenggara, di sini,  hari ini.

Dalam pada itu, Dr Adham meminta semua rakyat Malaysia terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk pemakaian pelitup muka, mencuci tangan dan penggunaan cecair pembasmi kuman sepanjang masa, bagi mengekang jangkitan wabak itu ke dalam komuniti. 

Isnin lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilaporkan, berkata kerajaan mewajibkan supaya pekerja asing menjalani ujian saringan COVID-19 dengan kos perlu ditanggung sendiri oleh majikan masing-masing, mulai semalam. 

Ismail Sabri dilaporkan berkata, pihak majikan yang didapati gagal mematuhi arahan berkenaan akan dikenakan tindakan undang-undang dan penalti mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Ditanya sama ada kerajaan sudah bersedia termasuk menyediakan pusat kuarantin dan rawatan yang mencukupi, Dr Adham yang juga Ahli Parlimen Tenggara, berkata persediaan sudah dilakukan bagi menyediakan pusat berkenaan selaras dengan peningkatkan jumlah kes.

Katanya, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) sudah dibuka dengan 4,000 katil sejak semalam dan akan dilengkapkan sehingga 10,000 katil dalam masa terdekat. 

“Kerajaan tumpukan saringan warga asing di lima negeri iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Sabah dengan diikuti Johor selepas ini. 

“Pekerja warga asing yang didapati positif dan bergejala iaitu berada pada tahap tiga hingga lima akan diasingkan segera dan dirawat di hospital COVID-19.

“Pekerja warga asing positif dan tidak bergejala iaitu berada pada tahap satu dan dua pula akan diasingkan di pusat kuarantin dan rawatan diwartakan,” katanya. – BH Online

Tags: Covid-19KKMpekerja warga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd