• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Syarikat Pembekal Daging Didakwa

oleh
30/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Syarikat pembekal daging, Raihanah Cold Storage Sdn Bhd dan dua pengarahnya didakwa di Mahkamah Sesyen, hari ini, atas pertuduhan menggunakan logo halal tanpa diperakui pada lori milik mereka, awal Disember lalu.

Rahman Sheikh Abdullah, 44, dan Raihanah Kassim, 42, yang juga pemilik Raihanah Cold Storage Sdn Bhd mengaku tidak bersalah atas kedua-dua kesalahan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Dalam pertuduhan pertama, Rahman dan Raihanah yang juga suami isteri didakwa menggunakan logo halal tanpa perakuan halal pihak berkuasa berwibawa pada sebuah lori jenama Isuzu. 

Mereka secara bersama selaku pemilik Raihanah Enterprise juga didakwa menggunakan logo halal tanpa perakuan halal pihak berkuasa berwibawa pada sebuah lori jenama Mitsubishi. 

Raihanah Cold Storage Sdn Bhd dan suami isteri berkenaan didakwa melakukan kedua kesalahan itu di premis syarikat di Taman Perniagaan Setia, di sini, kira-kira jam 1 tengah hari, 1 Disember lalu. 

Raihanah Cold Storage didakwa mengikut Perenggan 8(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang boleh dihukum mengikut Perenggan 8(A) perintah sama, yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM200,000 dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya didenda maksimum RM500,000, jika sabit kesalahan. 

Rahman dan Raihanah secara bersama-sama turut didakwa mengikut Perenggan 8(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang boleh dihukum mengikut Perenggan 8(B) perintah sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya didenda maksimum RM250,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya. 

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, T Ashvini manakala Rahman dan Raihanah diwakili peguam Noor Liana Hashim dan Lau Kok Guan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya memohon mahkamah mengenakan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin terhadap Rahman dan Raihanah, bagi pertuduhan kedua. 

Ashvini berkata, jaminan yang tinggi wajar dikenakan memandangkan kes logo halal mendapat liputan luas media dan turut dibincangkan di Parlimen. 

Noor Liana dan Lau merayu jaminan berkenaan dikurangkan atas alasan syarikat itu masih beroperasi dengan memiliki 20 pekerja selain pasangan suami isteri itu menanggung empat anak berumur antara 10 dan 20 tahun.

Mahkamah kemudian membenarkan pasangan itu dijamin masing-masing dengan RM40,000 dan seorang penjamin selain menetapkan 19 Januari depan untuk sebutan semula kes berkenaan bagi penyerahan dokumen. – myMetro Online

Tags: logo halalpembekal dagingRaihanah Cold Storage
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN Serbu Kilang Sandwich Disyaki Salah Guna Logo Halal

KPDN Serbu Kilang Sandwich Disyaki Salah Guna Logo Halal

13/01/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyerbu kilang yang membuat sandwich di Sunway Damansara, Petaling...

RM1.49 Juta Mi Segera Dirampas Salah Guna Logo Halal

07/01/2021
0

SHAH ALAM - Mi segera dianggarkan bernilai RM1.49 juta dirampas penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd