• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,348 Kes Baharu Covid-19, 5 Kematian Hari Ini

oleh
23/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah kes baharu positif Covid-19 hari ini, mencatatkan 1,348 kes menjadikan jumlah keseluruhan penularan wabak itu kepada 98,737 kes dengan jumlah kes aktif 18,279 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 16 kes import dilaporkan, manakala 1,332 kes lagi membabitkan penularan tempatan. 

“Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi bagi lapan hari berturut iaitu sebanyak 535 kes diikuti Kuala Lumpur (226 kes) dan Sabah (189 kes).

“Sebanyak 193 kes dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (123 kes) Kluster Tembok Gajah (56 kes), Kluster Kolam Air (8 kes), Kluster Tembok (5 kes) dan Kluster Hala Mutiara,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini. 

Noor Hisham berkata, terdapat 102 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 44 kes memerlukan bantuan pernafasan. 

“Sebanyak 710 kes dilaporkan pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 80,014 kes atau 81 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. 

“Terdapat lima kes kematian dilaporkan hari ini membabitkan kesemua warga tempatan berusia antara 40 hingga 71 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik di Selangor, Sabah dan Negeri Sembilan. 

“Kes-kes itu menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 444 kes atau 0.45 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di Klinik Kesihatan Setapak merupakan inisiatif sokongan komunikasi kepada...

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

KKM Semak Dakwaan Kad Laporan Kesihatan Guna Bahasa Cina

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyemak dakwaan kad laporan kesihatan oleh sebuah klinik kesihatan kerajaan menggunakan bahasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd