• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tolak Permohonan Pekebun Durian Raub

oleh
23/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Mahkamah Tinggi di sini pada hari ini menolak permohonan pendengaran kes semakan kehakiman yang difailkan 204 pekebun durian Raub bagi mengetepikan notis pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan Pahang terhadap mereka sebelum ini.

Keputusan itu dibuat Hakim, Datuk Zainal Azman Ab Aziz selepas berpuas hati dengan hujah pihak responden yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Noor Fadzila Ishak dan plaintif yang diwakili peguam, Siew Choon Jern dan Brendan Siva.

Choon Jern berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan dua alasan iaitu pertama, notis-notis pengusiran yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri bukan merupakan keputusan atau tindakan yang berada di bawah lingkungan semakan kehakiman.

“Ia merupakan satu tindakan pentadbiran sahaja dan tidak boleh disemak secara kehakiman.

“Kedua, mahkamah berpendapat bahawa petani merupakan penceroboh terhadap tanah-tanah tersebut. Oleh itu, mereka tidak mempunyai locus standi untuk memohon semakan tersebut.

“Berdasarkan kedua-dua alasan ini, mahkamah menolak permohonan pekebun dalam kedua-dua kes yang difailkan secara berasingan pada November dan Disember lalu,” katanya ketika ditemui media di luar pekarangan Kompleks Mahkamah Kuantan di sini hari ini.

Menurutnya, mahkamah turut menolak permohonan pekebun untuk meneliti skim yang diberikan Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP) dan Royal Pahang Durian Resources.

“Hal ini kerana notis-notis pengusiran bukan keputusan yang boleh dicabar di bawah bidang kehakiman.

“Tiada keperluan untuk mahkamah meneliti terma-terma di dalam skim tersebut. Kami belum lagi berbincang dengan kesemua anak guam untuk langkah-langkah selanjutnya sama ada untuk meneruskan rayuan ke Mahkamah Rayuan atau tidak. Namun sudah tentu hal itu akan dibincangkan dan akan diputuskan segera,” katanya. 

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui berkata, pihaknya kecewa dengan keputusan mahkamah, namun akan mengambil keputusan untuk membuat rayuan keputusan di Mahkamah Rayuan.

“Sebenarnya pekebun ini tidak boleh dilabel penceroboh kerana sudah tanam bertahun-tahun mereka berkebun. Mereka adalah peneroka tanah dan mereka sangat penting untuk kerajaan Pahang bahkan tanaman musang king terkenal seluruh dunia.

“Kami kecewa dan akan berbincang dengan pekebun untuk merayu,” katanya. – Sinar Harian

Tags: kerajaan pahangpekebun durian haramraub
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MB Pahang Sokong Titah Tengku Hassanal, Stok Pasir Sungai Berpotensi Jana Hasil RM500 juta

MB Pahang Sokong Titah Tengku Hassanal, Stok Pasir Sungai Berpotensi Jana Hasil RM500 juta

09/05/2026
0

KUANTAN - Kerajaan Pahang akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam bagi membincangkan tentang isu eksport pasir...

SPRM Bongkar Perlombongan Haram Waktu Malam Di Raub

SPRM Bongkar Perlombongan Haram Waktu Malam Di Raub

15/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk penjawat awam, selepas menyerbu dan membongkar kegiatan perlombongan bijih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd