• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Tun Rahah Selamat Dikebumikan

oleh Haris
22/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jenazah Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah, bonda kepada Datuk Seri Najib Razak selamat disemadikan dengan penuh istiadat penghormatan negara, 3.45 petang, hari ini.

Jenazah Tun Rahah, 87, disemadikan di Makam Pahlawan, tempat bersemadi kakaknya, Allahyarhamah Tun Suhailah yang meninggal dunia pada 4 Oktober 2014.

Hujan renyai mengiringi sepanjang majlis pengebumian seri kandi negara itu yang turut dihadiri Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut hadir beberapa kenamaan termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Terdahulu, jenazah tiba di masjid berkenaan pada 2.15 petang sebelum Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Husni mengetuai solat jenazah kira-kira 2.30 petang.

Sebaik selesai solat, jenazah diusung ke Makam Pahlawan yang terletak bersebelahan Masjid Negara untuk disemadikan.

Mengiringi jenazah kelima-lima anaknya iaitu Najib, Datuk Mohamed Nazir, Datuk Ahmad Johari, Datuk Mohamed Nizam dan Datuk Mohamed Nazim.

Selepas bacaan talkin disempurnakan oleh Imam Besar Masjid Negara, para kenamaan dan kaum keluarga menyiram air mawar di pusara. – myMetro Online

Tags: Tun Rahah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tun Rahah Diberi Istiadat Pengebumian Negara

22/12/2020
0

Mynewshub

Polis Kawal Ketat Laluan Ke Kediaman Tun Rahah

22/12/2020
0

Mynewshub

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd