• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,220 Kes Baharu Covid-19, 3 Kematian Hari Ini

oleh
17/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia terus mencatatkan kes positif Covid-19 empat angka dengan merekodkan 1,220 kes dengan tiga kematian hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka itu menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 89,133 kes dengan jumlah kes aktif kebolehjangkitan 14,671 kes.

Menurutnya, daripada jumlah kes baharu berkenaan terdapat enam kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan dalam negara pula adalah sebanyak 1,214 kes.

“Jumlah kes sembuh yang direkodkan hari ini adalah sebanyak 1,297 kes dan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya 74,030 kes.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 368 kes dan daripada jumlah ini, sebanyak 247 kes adalah dari kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang giat dijalankan di lapangan.

“Kuala Lumpur yang melaporkan sebanyak 297 kes diikuti Sabah sebanyak 184 kes.

“Sebanyak 135 kes yang dilaporkan hari ini berkaitan beberapa kluster di penjara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, sebanyak 106 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, terdapat tiga kluster baharu dikenal pasti hari ini iaitu Kluster Jalan Rusa, Kluster Tapak Bina Pasifik dan Kluster Maringkan.

“Kluster Jalan Rusa membabitkan daerah Cheras, di sini melalui saringan komuniti di sebuah kawasan kediaman bermula awal Disember lalu.

“Saringan ini dijalankan selepas satu kes positif dikesan dalam kalangan penduduk penghujung November 2020 dan 129 daripadanya dikesan positif,” katanya.

Menurutnya, selain itu, kluster Tapak Bina Pasifik dikesan di Lembah Pantai melalui saringan tempat kerja di sebuah tapak binaan.

“Sehingga 17 Disember, sejumlah 159 individu disaring dan 17 orang dikesan positif.

“Selain itu, kluster Maringkan berlaku di Telupid dan Ranau, Sabah membabitkan kes indeks dilaporkan positif pada 5 Disember lalu melalui saringan individu bergejala.

“Seramai 93 individu disaring dan 11 daripadanya didapati positif,” katanya. – myMetro Online

Tags: Covid-19CPRCKKM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MOF Pantau Untuk Permudahkan Moratorium Bersasar

Next Post

50 Petugas Kesihatan HTAR Dijangkiti Covid-19

Related Posts

Laporan Cadangan Haramkan Vape Sedang Dilengkapkan – Dzulkefly

Laporan Cadangan Haramkan Vape Sedang Dilengkapkan – Dzulkefly

21/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Laporan terperinci berhubung cadangan pengharaman rokok elektronik atau vape sedang dilengkapkan jawatankuasa kepakaran Kementerian Kesihatan (KKM), kata menteri...

Pelaksanaan Inisiatif Pemaparan Harga Ubat Diteruskan Mulai 1 Ogos

Pelaksanaan Inisiatif Pemaparan Harga Ubat Diteruskan Mulai 1 Ogos

03/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meneruskan pelaksanaan inisiatif pemaparan...

Next Post

50 Petugas Kesihatan HTAR Dijangkiti Covid-19

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd