• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serah SUK Ambil Tindakan Terhadap Hakim Ariff

oleh
16/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan negeri menyerahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas Pegawai Daerah Padang Terap, Hakim Ariff Md Noor berikutan menamakan stadium mini di daerah itu tanpa kelulusan.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, proses menamakan jalan, bangunan atau stadium seharusnya dibawa ke peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum diluluskan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Beliau berkata, kerajaan negeri mendapati nama Stadium Mini Ffira Mikah hanya dibincang di peringkat Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) sehingga mencetuskan kontroversi kerana didakwa menggunakan nama terbalik Hakim Ariff.

“Sepatutnya PBT berkenaan mengangkat nama itu untuk dibincangkan pada mesyuarat Exco terlebih dulu, itu prosedur kita biasa lakukan untuk menamakan apa saja nama jalan, taman perumahan atau stadium di negeri ini.

“Saya sendiri tidak bersetuju dengan nama itu, jadi saya serah kepada SUK untuk ambil tindakan sewajarnya kepada pegawai daerah terbabit sesuai dengan urusan pentadbiran,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Stadium Mini Ffira Mikah di Kuala Nerang yang dimiliki MDPT dirasmikan Hakim Ariff selaku Pegawai Daerah pada 7 Disember lalu, selepas dinaik taraf, namun tindakan menurunkan nama stadium itu sudah dilakukan pada Sabtu lalu.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi, berkata tiada nama baharu dikemukakan MDPT untuk dibincangkan pada mesyuarat Exco bagi menggantikan nama Ffira Mikah.

“Hanya selepas Exco lulus boleh guna nama itu dan saya tidak fikir mereka akan guna balik nama Ffira Mikah kerana nama itu menyebabkan Padang Terap terkenal di seluruh dunia.

“Ada rahmat juga di sebalik nama itu, orang ramai mula cari di mana Padang Terap? Cuma saya sendiri terpalit apabila ada orang kaitkan kononnya saya yang cadangkan nama itu, tetapi itu tidak benar,” katanya. – myMetro Online

Tags: Ffira MikahHakim AriffNama StadiumPadang Terap
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd