• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RUU Perbekalan 2021 Dibentang Bacaan Kali Kedua Di Dewan Negara

oleh
16/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rang Undang-undang Perbekalan 2021 hari ini dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dengan pindaan yang diluluskan di Dewan Rakyat petang semalam.

Tengku Zafrul memaklumkan pindaan itu melibatkan Fasal 2 dalam teks bahasa Kebangsaan dan teks bahasa Inggeris Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 iaitu perkataan RM164,151,656,800 kepada RM164,106,656,800.

“Saya juga mohon memaklumkan bahawa Jadual kepada Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 dipinda di bawah ruang ‘amaun’ bagi Maksud B.47, dengan menggantikan perkataan 1,242,464,900 dengan perkataan 1,197,464,900, dan pada Jumlah dengan menggantikan perkataan 164,151,656,800 dengan perkataan 164,106,656,800,” katanya.

Beliau berkata demikian pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Jelasnya, pindaan ini berbangkit daripada pengurangan jumlah wang yang diperuntukkan bagi Maksud B. 47 yang dinyatakan dalam Jadual kepada Rang Undang-Undang.

Ia untuk mengurangkan RM45 juta daripada jumlah yang diperuntukkan di bawah Kepala Bekalan B. 47 di bawah butiran 050100 – Perluasan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

“Di atas semangat demokrasi berparlimen, serta pandangan yang diterima daripada pelbagai lapisan rakyat, beberapa pindaan lain juga telah dipersetujui dan pada hari ini saya akan memperincikan sekali lagi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan Negara ini,” katanya.

Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 selepas bacaan ketiga yang diputuskan melalui undian belah bahagian selepas lebih 15 ahli Parlimen bangun menyokong supaya RUU itu diputuskan menerusi belah bahagian.

Bagaimanapun, ia diluluskan selepas seramai 111 menyokong, 108 menolak dan seorang tidak hadir. – BERNAMA

Tags: belanjawan 2021Dewan NegaraRUU Perbekalan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

19/12/2024
0

Kuala Lumpur: Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 2...

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

22/07/2024
1

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara pada Isnin meluluskan dua Rang Undang-Undang (RUU) di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), berkaitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd