• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skandal Minyak Gred Berat, 2 Lagi Direman

oleh
15/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Dua lagi individu termasuk seorang pengarah agensi penguat kuasa ditahan reman bermula hari ini bagi membantu siasatan skandal rasuah berhubung kelulusan dan pengecualian khas kepada beberapa syarikat untuk membawa Minyak Gred Berat di perairan Malaysia.

Pengarah agensi penguat kuasa berkenaan direman selama empat hari manakala seorang pengarah syarikat direman lima hari bagi membantu siasatan kes yang sama.

Perintah reman sehingga 18 dan 19 Disember itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas mendapat permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi. 

Menurut sumber, kedua-dua mereka berumur antara 50 hingga 60 tahun itu ditahan antara jam 9 hingga 12 tengah malam tadi ketika hadir memberikan keterangan kepada SPRM.

“Difahamkan, antara tahun 2019 hingga 2020 pengarah agensi kerajaan berkenaan disyaki menerima suapan secara bulanan daripada pengurus syarikat perkapalan sebagai balasan tidak menjalankan pemeriksaan ke atas kapal yang menjalankan aktiviti pengisian minyak di perairan Malaysia,” katanya. 

Dalam pada itu, sumber berkata seorang timbalan ketua pengarah sebuah agensi kerajaan bergelar Datuk yang ditahan reman sebelum ini disambung reman selama tiga hari sehingga 18 Disember.

“Empat lagi individu yang ditahan reman Jumaat lalu termasuk Setiausaha Bahagian dan pengarah syarikat bergelar Datuk Seri itu dibebaskan dengan jaminan antara RM9,000 hingga RM15,000,” katanya. 

Jumaat lalu, media melaporkan SPRM menahan lima individu termasuk seorang timbalan ketua pengarah bergelar ‘Datuk’ dan Setiausaha Bahagian sebuah jabatan kerajaan. 

Tiga individu yang lain yang ditahan ialah pengarah syarikat perkapalan termasuk seorang yang bergelar ‘Datuk Seri’.

Difahamkan, minyak gred berat adalah sejenis minyak likat yang tidak mudah mengalir mengikut keadaan takungan biasa. Umumnya ia digunakan sebagai bahan api pengangkutan laut, namun jika tumpah atau berlaku kebocoran ia boleh mengakibatkan pencemaran laut.

Menurut laporan berkenaan, mereka yang ditahan disyaki terbabit dalam skandal berhubung kelulusan dan pengecualian khas kepada beberapa syarikat yang bertanggungjawab membawa minyak gred berat itu di perairan Malaysia tanpa kelulusan Menteri Pengangkutan.

Tambahnya, siasatan mendapati kedua-dua pegawai kanan kerajaan itu juga dikatakan menyalah gunakan kedudukan dan kuasa mereka dengan mengeluarkan surat pengecualian kepada syarikat tertentu tanpa pengetahuan dan kelulusan Menteri Pengangkutan.

Perbuatan itu juga dilakukan tanpa pengetahuan ketua pengarah jabatan berkenaan yang sebelum ini mengeluarkan surat arahan larangan penggunaan jenis kapal ‘Single Hull, Double Bottom’ (struktur kapal) dalam mengangkut minyak gred berat di perairan Malaysia. – BH Online

Tags: Minyak Gred Beratskandal rasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd