• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Naib Ketua Armada Kota Tinggi Dikhuatiri Lemas

oleh
11/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Naib Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kota Tinggi, dikhuatiri lemas selepas tergelincir ketika membaiki jeti nelayan di Tanjung Balau, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Mohd Zulfikrie Buang, 24, dipercayai tergelincir akibat licin ketika sedang melakukan kerja membaiki jeti berkenaan.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail, berkata bomba menerima panggilan kejadian itu jam 5.04 petang sebelum mengerahkan sembilan anggota dan sebuah jentera ke lokasi kejadian.

“Mangsa berusia 24 tahun yang dipercayai tergelincir dari perancah ketika membuat kerja membaik pulih jeti Tanjung Balau. 

“Bomba dimaklumkan keadaan di lokasi ketika kejadian adalah hujan lebat dengan laut berombak dan angin kuat.

“Operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan di pinggir pantai di tiga kawasan iaitu di jeti nelayan Tanjung Balau, Jeti Chalet Tanjung Balau dan Pantai Tanjung Balau,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Fadli berkata, operasi mencari dan menyelamat turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) , Angkatan Pertahanan Awam (APM) selain pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM). – myMetro Online

Tags: armada bersatulemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd