• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Prestasi SDG Negara Pada 2019 Bertambah Baik

oleh
10/12/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Prestasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Malaysia pada 2019 bertambah baik berdasarkan pencapaian matlamat yang ditetapkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Pada majlis pelancaran Laporan Indikator SDG Malaysia 2019 hari ini, beliau berkata kesemua 17 matlamat yang ditetapkan menunjukkan prestasi bertambah baik.

SDG mempunyai 17 matlamat yang bertunjangkan kepada lima bidang tumpuan iaitu kemajuan masyarakat, penjagaan bumi, kemakmuran, keamanan dan kerjasama.

Matlamat ini diukur berdasarkan 247 indikator yang ditetapkan di peringkat global pada 2019.

“Di Malaysia, daripada jumlah tersebut, sebanyak 128 indikator atau 52 peratus telah tersedia manakala 73 indikator atau 29 peratus perlu dibangunkan.

“Dalam pada itu, sebanyak 13 peratus atau 31 indikator data tidak tersedia dan 15 indikator atau enam peratus tidak relevan dengan Malaysia,” katanya.

Mustapa berkata status kemajuan SDG di negara ini turut diukur berdasarkan pencapaian 108 petunjuk statistik.

Antara perkara yang menunjukkan kemajuan pencapaian positif adalah di bawah bidang tumpuan kemajuan masyarakat dengan peratusan isi rumah yang hidup di bawah paras kemiskinan nasional telah bertambah baik kepada 5.6 peratus pada 2019 berbanding 7.6 peratus pada 2016. 

“Bidang tumpuan kemakmuran menunjukkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita pada harga malar bertumbuh 3.9 peratus pada 2019 berbanding 3.6 peratus pada 2018. 

“Selari dengan perkembangan ekonomi digital khususnya dalam norma baharu akibat COVID-19, peratusan individu yang menggunakan Internet meningkat 3.0 mata peratusan kepada 84.2 peratus pada 2019 berbanding 81.2 peratus pada tahun sebelumnya.

“Begitu juga, penggunaan Internet di bandar dan luar bandar, masing-masing meningkat 2.6 mata peratusan dan 3.3 mata peratusan,” katanya. 

Katanya kesemua elemen yang merangkumi lima bidang tumpuan akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) selepas diserapkan dalam dasar pembangunan negara seperti RMKe-11 dan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030.

“Malah, pendekatan baharu akan diambil di bawah RMKe-12 untuk menangani kemiskinan dengan program bersasar mengikut keperluan setempat merentas kaum.

“Ini kerana isu kemiskinan adalah berbeza mengikut demografik dan keadaan semasa. Sebagai contoh, kemiskinan di Perlis dan Sabah (adalah berbeza), justeru, cara untuk menangani perlu bersesuaian dengan keadaan setempat,” katanya.

Justeru, katanya pelaksanaan SDG menuntut kepada komitmen semua pihak dalam meneruskan agenda pembangunan untuk rakyat.

“Oleh itu, peranan yang dimainkan oleh Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia – Mengenai SDG (APPGM-SDG) amat penting dalam membantu mencapai matlamat Agenda 2030. 

“Kumpulan yang ditubuhkan selepas diluluskan dalam Dewan Rakyat pada 19 Okt 2019 dianggotai oleh 10 Ahli Parlimen termasuk saya sendiri,” katanya.

Mustapa berkata APPGM-SDG menyusun SDG di peringkat Parlimen dengan menjalankan aktiviti pemetaan isu-isu tempatan dan mencadangkan idea penyelesaian terhadap isu tersebut.

“Kumpulan ini telah selesai turun ke 10 kawasan Parlimen di tujuh negeri untuk fasa pertama. Usaha ini akan dilakukan secara berterusan,” katanya.

Beliau berkata pada 2021, APPGM-SDG akan melaksanakan program yang sama di 20 kawasan Parlimen terutamanya di negeri yang belum dikunjungi pada tahun 2020.

“Pelaksanaan matlamat dalam SDG merupakan kesinambungan daripada Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) yang telah berakhir pada 2015. 

“Legasi dan pencapaian MDG selama 15 tahun telah memberikan pengajaran yang berguna dalam usaha mencapai matlamat yang telah ditetapkan dalam SDG,” katanya. – BERNAMA

Tags: Matlamat Pembangunan MampanMustapa MohamedSDG Malaysia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak Terbeban Harga Minyak Naik

05/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat susulan trend peningkatan semula harga minyak...

Peruntukan RM400 Bilion, 14 Tindakan Inovatif Dalam RMKe-12

28/09/2021
0

KUALA LUMPUR: Peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM400 bilion, empat pemangkin dasar dan beberapa tindakan inovatif yang berani, Rancangan Malaysia Ke-12...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd